Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 30, 2008

nombor anon

0410


Aku sedang mengadap lappy kesayangan aku nih. Tiba-tiba ada miscall dari nombor yang tidak aku hafal.

(sebenarnya sesiapa yang selalu call aku, aku dah boleh hafal atau cam nombor itu. Memandangkan handphone yang berada dengan aku sekarang bukanlah handphone aku jadi segala nombor-nombor tiada di dalam simpanan.)

Aku kurang suka nombor yang tak dikenali masuk ni. Tapi aku sekadar ignore saja.
Tiba-tiba ada mesej masuk. Ya… dari nombor tak dikenali itu.

Mesej berbunyi:
“Hello.. awk kenal saya x?..awk ni hana kn.?”

(aku pikir kalau panggil aku Hana ni… sama ada dari Uitm atau internet saja).


Aku balas:
“Sapa nih?”

Dia balas:
“Tak tido lagi? Saya Farhan lah. Saya kenal awal takkan awak tak kenal saya. Boleh tak kalau saya nak berkenalan dengan awk?”

Bodoh. Kalau kata dah kenal aku takkan nak berkenalan lagi dengan aku? Aku cukup benci gaya mesej macam ni.

Aku dah pikir-pikir, aku tiada kawan nama Farhan. Dia ni saja nak kenakan aku ke memandangkan nama kedua aku lebih kurang nama tu. Aku pikir balik… tak ramai kawan-kawan aku mengetahui nama penuh aku.


Aku balas:
“Farhan mana?”

Dia balas:
“Farhan lah... budak Kedah. Boleh tak saya nak berkenalan dengan awak ni?”

Kedah? Assudah! Aku mana ada kenal Farhan budak Kedah. Budak KL ada la tapi tu pun takde nombor aku.

Aku balas:
“Sori tak kenal. Bye.”

(Tak kose aku nak melayan.)

Dia balas:
”Laa.. awak kenal J***** tak?”


Nama tu macam aku kenal. Mungkin kawan-kawan dia. Dari dulu kawan-kawan dia selalu ambil nombor aku dari dia.


Aku balas:
”Kenapa dengan dia?”


Dia balas:
“Saya Farhan adik dialah. Saya ambil nombor dari abang saya. Boleh tak nak berkenalan.”


Sialan. Hanya satu nama muncul dalam kepala hotak aku time tu.

Aku balas:
“Pandai Paan men msg. PAET!!! Aku sipak jugak kang. Kdt aku xdak neh. Kang aku bls gne no lain.”

Ya… Paet… abang kepada Paan dan adik kepada J***** tu. sengal ubi betul. Kenapa dia perlu menggunakan nama abang dia tu? kenapa tak guna nama sendiri sedangkan dia pon abang Paan jugak. Tapi macamlah aku tak boleh syak dia. Suka kenakan aku.


Kesimpulannya di sini…
Jangan menggunakan ayat nak berkenalan dengan aku kalau dah menyatakan bahawa dia kenal aku. Tak logik kan? Tak kreatif betul Paet ni.



Nota: Farhan itu baru berumur 4tahun. :)


6 comments:

nuril.rahim said...

weeee...
mangsa baru!!

**wink wink!!

yunk...u curang ngan i..

majok ah!!

hannah joe said...

tekumayakun:
sengal!!!
die tu aku kenal lama dari ko tau.
aku kot mangsa dia.
wakaka

ɥ s ɐ u said...

pandai sungguh guna nama adik..
hehe..

hannah joe said...

nasrul:
tula pasal.
cam hampeh je.
dah la nak lebey kurang nama sy jek.

ɥ s ɐ u said...

hehehe..
sabar jela eh..
:D

hannah joe said...

haha..kalau tasaba ritu.
dah kene dah mamat tu