Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, December 28, 2008

Azam tahun baru

Azam ini bukan Azam Zakaria ya. Pelajar DPA yang baru masuk part 3. ekeke.


Pemikiran rambang:

Setiap awal tahun… pasti kita akan tanya.. “weh..apa azam ang tahun nih.” Tak pun ramai yang akan buat azam-azam baru. Dari segi kuantiti, tidak kisahlah sama ada banyak atau sedikit.

Adakah aku punya azam?

Adik aku.. Adam Ar-rashid kata sebelum ini dia tidak mempunyai azam. Tapi baru-baru ni dia kata ada pulak. Ok.. people change their mind every minute.

*gelak kecil*

Aku ada komen di blog Adek kesayangan aku tu. Aku mengatakan aku sendiri tak ada azam tahun depan. Boleh percaya?

Tidak! Anda tertipu. Ya aku tipu sebenarnya. Tapi aku tak tipu aku tak ada azam buat masa ini.


Dalam hidup aku... boleh dikatakan azam tu datang setiap masa.. setiap waktu. Kenapa?

Contoh semester lepas…


Setiap pagi aku berazam nak pergi ke kelas. Sama ada aku pergi atau tidak… benda tu lah yang mempengaruhi. Atau pun aku berazam nak diet, nak tidur sekejap, nak belajar untuk subjek sekian-sekian. Sama ada azam aku berjaya atau tidak..bergantung pada diri aku sendiri.

Di sini aku tertanya... perlukah kita membuat azam setiap awal tahun? Dan pada akhir tahun kita kelaskan sama ada berjaya atau tidak. Mungkin itu long-term punya azam. Azam tak perlu dibuat setiap tahun. Malah kita boleh buat sekarang. Keazaman datang setiap masa lah. Walaupun sekadar short-term punya azam. Jadilah kan?

Tipulah kalau orng kata dia tiada azam. Setiap hari kita mesti berazam punya walaupun benda tu kita tidak sedari.

Contoh benda kita tak sedar itu azam:

“Lepas ni aku nak pergi makanlah.” – Kata si A yang ketika itu sedang sibuk menyiapkan kerja.

Azam lah tu kan?

*wink*

Akhir kata.. Selamat Berazam semua!

Setiap hari lagi bagus. Jangan tunggu awal tahun saja kerana mungkin azam yang dicipta pada awal tahun terbengkalai pada awal tahun juga. Setiap masa boleh berazam.

*senyum*

nota: kepada Azam Zakaria.. di awal tahun anda pasti banyak kali tersedak. minta maaf kerana di entri ini nama anda terlalu banyak disebut. anda pun pasti berazam? mahu kemas bilik mungkin. hahaha

6 comments:

ɥ s ɐ u said...

sian kat azam tu..
hehehe..

p/s : azam taun baru nk berjimat cermat.. :p

hannah joe said...

nasrul:
tula..
tersedak die.
ekekeke


wahh.. bagus bagus..
jgn awl tahun je yekk..
truskan sampai bila2.
:P

aCe+ said...

betui2 cian azam..jap2 nk bg dia baca entry ni..spesel tk dia ni..

ok2 azam pagi ni, nk brenti rokok..(ble ke? mcm mustahil jew..hahaha..azam ni hanya akan accomplish dlm jangka masa 20 tahun dr skrg..tggu..)

hannah joe said...

adam:
ekeke..bagi la die baca.
wakaka

tedia..lama nya..
my dad amek masa setahun jek.
bleh decrease kan ke year tu?
ekeke
time tu pon segala organ dlman da rosak

vagg© said...

hari2 kita ada azam ape
so xyah tunggu tahun baru pun
kalo bersungguh plan tapi tak buat, tak guno gak kan. hiks.

lain la kalo dtg niat elok nk buat something (walopon time tuh tengah tahun), dan buat ngan konsisten, dapat kesan yang berpanjangan. tuh yg lg baik.

hannah joe said...

sis vagg:
saya stuju sama skali!
haha
xperlu tggu awal tahun..
bila2 pon bleh.
:P