Monday, January 12, 2009
Mahu ketemu Kak Dayah & Kak Lin
Aku sedang mesej Kak Leeya ku sayang untuk memberitahu mengenai pembatalan rancangan aku untuk berjumpa dengan dia. (SEKALI LAGI!!!)
Ini semua sebab Latihan Dalam Kumpulan yang bakal berlangsung hujung minggu ini.
Oh tidak!
Ini pembatalan kali ke berapa entah.
Kenapalah susah sangat nak jumpa akak kesayangan aku nih.
Dulu nak jumpa pun... ada je halangan.
Beberapa MP Clanz lain aku dah jumpa dengan senangnya.
Tapi orang pertama aku kenal dalam MP tu la paling susah.
uhuk...
Kak Leeya mesej tadi... dia bagitahu yang Kak Dayah dan Kak Lin nak terjah aku.
Mereka berdua dari Langkawi. Jadi mereka berdua mahu singgah SP dulu lah.
Aku kata esok aku xfree pukul 12pm-2pm je.. sebelum dan selepas aku free..
Sedang aku layan lagu nyanyian Charice, tiba-tiba dapat mesej dari Kak Dayah.
Dia kata mahu ajak keluar malam ni.
aha!! aku batalkan plan aku dengan orang itu. ada orang itu nak belanja aku makan tapi aku cancel demi kakak-kakakku sekalian. bahaha
jadi... sekarang ini...
sedang menunggu mesej selanjutnya dari Kak Dayah.
Itupun kalau mereka berdua jadi datang malam ni lah kan.
nota: kepada Kak Leeya... sedey sedey. tak dapat jumpa. tapi kamu tetap bertakhta dihatiku! orang kata banyak dugaan ni bahagia kan? bahaha.. ayat macam orang couple plak. Jangan marah Abang Epul.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
awas.. sediakan tempat makan yang tebal2.. selera kak dayah kamu tu sangat hebat.. hahahahahaa..!!
xjadi kuar la tok.
kak dayah ada hal.
sedey nya
Post a Comment