Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, February 1, 2009

Taggie from Has Lim!

Ini Tag dari Hasdiana Hashim.
saja aku letak HasLim. hehehe
nama singkatan hang dengan nama family.
:P
sori kak has!
aku lambat skit!


Tag: Rules and Regulations :

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya (malang?) silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi, tetapi tak dapat.



here goes:

1. 50% dari hari aku di internet sampai mata aku dah rabun ni. tapi masih berdegil nak pakai spek.

2. Aku terlalu fobia dengan snakes. dengar perkataan dalam bahasa melayu pun bleh buatkan aku tak lena tidur malam seminggu!. (pernah terjadi)

3. Aku tak reti tunjuk kasih sayang dekat abang dan adik aku.

4. aku suka hutan, atau sesuatu yang berkaitan alam semulajadi. kadang-kadang aku suka ke hutan untuk lepas tension.

5. aku suka bebai kalau orang kacau tidur aku. (sebab tu tak suka guna hp)

6. aku tak suka cellphone.

7. aku cukup geli dengan ikan keli dan ikan sembilang. (sebab snakes kot)

8. aku pecinta warna merah! (bilik aku pon ada tona merah yek)

9. kalau dengar lagu, aku suka hayati lirik betul-betul. bukan sekadar mendengar.

10. kalau guna cellphone, aku lagi suka bercakap dari bermesej.

11. aku masih pelik kenapa aku terlalu gilakan perempuan cantik dan bukan lelaki hensem??

12. aku suka tengok bulan dan bintang malam-malam sambil bercakap dengan bulan dan bintang.

13. aku suka bercakap dengan kucing walaupun dorang takleh balas balik.

14. aku ambil Public Admin tapi cita-cita sebenar aku nak bukak sebuah ladang yang besar, ada kuda-kuda, ada keldai, ada tanaman. *dreaming*

15. aku suka makan lepas tu aku muntahkan balik.

16. aku sayang kakak-kakak, abang-abang dan kawan-kawan aku. wehhhuuu


aku tag:
tamo lah. dah ramai kene tag untuk quest camni.

No comments: