Aku mempunyai seorang kawan yang mana suatu ketika dahulu sangat rapat dengan aku. kami sentiasa bersama kemana saja. ke kelas, ke foodcourt, ke library, ke padang, ke meeting, ke any function in campus, anywhere. kami akan sentiasa berdua. rakan-rakan yang tahu mengenai kami, tidak akan cuba-cuba menggosipkan kami tapi bagi junior yang sering melihat kami sekali, gosip mula tercetus mengatakan aku teman wanita dia. kalaulah kalian tahu bahawa hati dia terlalu kering untuk bercinta. *senyum*
terlalu banyak aktiviti kami bersama sepanjang aku berada dalam kehidupan kampus ini. dia banyak menemani aku kemana saja. begitu juga aku. dia sering menceritakan pengalaman hidupnya. dari situ bertambah lagi pandangan aku mengenai kehidupan. kehidupan manusia semua tidak sama. manusia berbeza. bersahabat dengan manusia yang berbeza dengan kehidupan kita, sememangnya menambah lagi pandangan kita sekali gus boleh dijadikan pengalaman. aku gembira bersahabat dengannya.
sehinggalah suatu hari, aku masih ingat lagi, malam ambang kemerdekaan di sini. aku mengajak dia berjumpa di dataran. aku membawa rakan aku dan aku memperkenalkan mereka kerana mereka berasal dari tempat yang sama. sejak dari itu mereka rapat tapi tidaklah terlalu rapat. cuti semester lepas, mereka sering menghabiskan masa bersama. maklumlah satu tempat.
apabila semester baru bermula, mereka semakin rapat. aku tidak kisah sebenarnya. tapi semakin hari aku rasa sahabat aku itu semakin jauh dengan aku. ya, mungkin dia lebih gembira berkawan dengan rakan aku itu. sedikit sebanyak aku terasa dengan hubungan mereka. sahabat aku sanggup buat apa saja untuk rakan aku ini. walaupun mereka cuma berkawan. kadang-kadang mahu saja aku menggosipkan mereka tapi aku tahu bagaimana hubungan mereka. tidak hairanlah jika sumber inspirasi sahabat aku sendiri mengatakan bahawa mereka bercinta. kalau hari hujan dan rakan aku baru habis kelas, sahabat aku ini sanggup mengambil dia sambil membawa payung. memang macam orang bercinta.
ramai yang perasan bahawa aku dan dia sudah tidak serapat dahulu. sampai aku sendiri pernah bermimpi yang dia tidak lagi mahu berkawan dengan aku. tak perlu mimpi rasanya kerana aku sendiri sudah merasakan demikian. manakala rakan aku ini pula, tidak habis-habis mahu menunjuk bahawa dialah yang tahu segala-galanya mengenai sahabat aku ini. helo? kau baru berapa hari kenal? mengjengkelkan. aku mula rasa rakan aku ini menjengkelkan kerana sentiasa bersikap demikian. aku tak pernah melawan setiap kali dia mahu menceritakan bahawa dialah memahami dan mengetahui segala mengenai sahabat aku ini.
mungkin ada antara kalian yang tahu siapa sahabat aku ini. di sini aku cuma mahu menyatakan, aku rindukan dia. aku rindu menghabiskan masa dengan dia. sahabat, mana kau hilang? ada yang berkata kepada aku.
"Hannah, lumrah manusia. apabila sudah bertemu dengan rakan baru, rakan lama dilupakan. "
tahniahlah Hannah, kau hilang kawan. T_T
Sunday, March 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
adikku sabar....
ada hikmah sesuatu tue berlaku..
Allah tue adil hana...
Setiap benda yang dia cipta atau jdkan, ada sebabnya..
percayalah pada dia yang Esa...
pergilah cari dia...
tanyalah kenapa...
buanglah perasaan rindu...
mungkin anda sudah jatuh cinta padanya....
tapi anda takkan bersama...
itu pikiran anda...
cuba untuk terima qado' dan qadar Allah lebih elok....
berdoa pada-Nya itu yang terbaik...
nasihat kosong dari peedort.. :)
haihhh
jatuh cinta paa..
salah ke nak rindu sbgai kawan.
da lama kami hang out skali.
tp bile die jmpe kwn baru..die lpe kwn lama.
bukan hana je rasa..member hana sorg lg pon trasa..
ayork..pandai2 je abg ku ini wat ksimpulan.
huhuhu
xdelah..
rindu sbgai kawan je.
hanna..
kite pon rase pe yg kamu rse skarang..
agikla sahabat kite seorang pompuan..
huwaa...
sdey kn kalo org yg sgt3 rapat ng kite satu ktike dulu tetbe jek da xrapat..
pastuh pntingkan org len pule..
hurmm..(T_T)
dila..
tula pasal.
mmg sedey..
kawanlama dilupakan..
tabah jela
i said...fuck u.. think by your self..who the best n who the worst....
salam...dunia tu kejam dik oii...tp ingat la,sesuatu tu terjadi musti ade sebab...first thing first...cari sebab musabab dulu...x gune nak tuduh2...bro bkn aper,dulu pon pnah jadi kat bro, frust giler tp think positive...betol ke mmber tu yg salah...mane silap kiter,mane silap die.kalo stakat anto payung tu pon da nak tension...masalah tu...jgn krane bende kecik...rosak persahabatan.jangan jd kobau,skali die bjalan,habis sume terpalit lumpur...kot2 dulu die da byk berjase...dik gak yg rugi...
pikir2 lah dulu....
anon 1:
haha
this is not about who is the best or who is the worst.
but this is about new frienship which ruins the old one.
anon 2:
huhu.bukan kes payung tu ler.
just assume mcm berchenta.
:)
itsok.
mngkin ada hikmah di sebaliknya.
Post a Comment