Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, April 6, 2009

indah

hari ini memang indah.
tengah hari tadi hang out dengan rakan-rakan bilik baru. pergi hospital, pergi makan, pergi hospital balik. tiba-tiba Zara buat rancangan nak ke Batu Hampar. Fyza roger Edy, aku ajak Atok dan Ikram. Edy bawak Cat.

masa balik bilik nak ambil baju, aku baca mesej dalam telefon nombor maxis aku, ada 3 mesej dari Kak Lin. aku ingat dah terlambat. sekali lagi aku mesej, terus dorang kata mahu jumpa aku kat HEP. aku suruh Zara hantarkan aku sebab nak jalan dari hostel ke HEP memang jauh lah.

sampai-sampai, aku dah nampak bayang Kak Lin dan Kak Dayah. aku terus meluru kat dorang. dorang peluk aku dan kiss pipi aku. best gila. dah macam adik dorang betul pulak rasanya. lepas tu mula bergambar macam gila memandangkan kami bertiga memang suka bergambar. siap suruh Zara tolong tangkapkan. nanti gambar aku curik dari MP dorang.

best gila bila dapat pelukan, ciuman dan paling penting cubitan di pipi aku. mereka berdua memang tak lepas peluk, cium dan cubit pipi aku yang dah makin tembam ni. happy lah katakan. memang tembamlah. memang aku rasabest gila tadi.

sampai Fyza dan Zara cakap akak berdua tadi tu sweet sangat. layan aku macam adik betul. haha. mestilah. mereka kan kakak aku. *gelak*

tapi kejap saja kami jumpa.

lepas ambil Edy dan Cat, kami pergi ke Tupah kejap. konon nak ke sana tadi. tapi tak jadi. jumpa Atok dan Ikram kat sana. aku naik kereta dengan dorang. lepas pergi ambil air mineral, kami gerak ke Batu Hampar. ingat dekat. jauh ok! pandai Cat kelentong dekat ek.

memang indah sangat hari ni bila dapat double keindahan. first dari Kak Lin dan Kak Dayah. second dapat spent time dengan Atok. dan juga Zara, Ikram, Fyza, Edy dan Cat.

semoga hari indah datang lagi. :)


nota: sedang menunggu gambar-gambar dari kak lin dan kak dayah. dan juga dari atok.

2 comments:

nuril.rahim said...

aku pun nak kiss ngan hug gak yunk!!

=)

hannah joe said...

tekumayakun:
boleh blah!
ahaks
lama xhadpet