aku ni suka kucing. dan aku menganggap kucing-kucing belaan aku adalah adik-adik aku. first person yang gelarkan aku kakak kucing, Mama. Kucing jiran sebelah rumah rajin datang melepak kat rumah aku. rumah aku time tu memang tak ada kucing langsung. lepas tu masa aku tengah lepak kat rumah kawan baik aku. tiba-tiba mama keluar rumah dan main dengan kucing tu, Ochie. lepas tu Ochie mula menggedik... mama kata kat dia, "tu pergi kat kakak hang tu." at the same time, dia panggil aku, "kakak kucing! ni adik hang dah datang mintak makan."
start daripada tulah kawan-kawan baik aku semua gelarkan aku kakak kucing. sememangnya kalau aku cakap dengan kucing-kucing pun, aku akan gelarkan aku kakak. contoh, "Adik, meh datang kat akak."
dulu kat rumah aku ni mana ada kucing. Abah dan Mama tak suka bela kucing. kami adik-beradik je suka kucing. rumah sebelah aku dulu ada banyak kucing. selain dari Ochie, ada Ciko dan Cicak. Masa tu jiran sebelah aku dah meninggal dan Ochie dibawa bersama suami dan anak dia pindah ke tempat lain. Tinggal Ciko dan Cicak yang hilang tuan. Kami pun decided nak bagi makan kucing-kucing tu. tapi still Mama tak mahu kucing-kucing tu masuk rumah. But then, Ciko melahirkan Ciku.
Kami bela Ciku dari kecil. Ciku was the first cat yang Mama nak bela. Abah still tak suka. Ciku ni baik. Tak banyak kerenah. Kami semua memang sayang sangat Ciku ni. Aku start panggil kucing adik masa Ciku lahirlah. Tapi Ciku dah mati. Hilang sebenarnya. tapi masa tu kaki dia injured. mungkin dia tahu dia nak mati dah jadi dia bawa diri sebab taknak kami sedih.
Selepas Ciku hilang, Abang bawa balik seekor kucing yang gebu. Nama Christiano Ronaldo tapi kami panggil Baby Nado atau Baby je. Yang ni paling manja. Gemuk pulak tu. Tapi Mama selalu comparekan Baby dengan Ciku. Ciku terbaik. Tapi Abah sayang kat Baby. dia mahu main dengan Baby. Memang kesayanganlah ni. Pantang sakit sikit, aku mesti menangis minta dia cepat sembuh. Lama dia duduk dengan kami. Bertahun jugak. Masa tu juga Abang ada bawa balik seekor lagi kucing macam Ciku. kami bagi nama Kuku. Tapi kejap je jaga dia. Dia mati sebab sakit apa ntah.
Tapi puasa tahun lepas, Baby sakit. Tak boleh kencing. Kucing pun ada sakit batu karang kan? bawa pergi ke doktor tapi makin teruk. Menangis aku dengan Eja time dia sakit tu. Abang pun caring sangat-sangat kat Baby. Abah pun jaga dia. Sehari sebelum hari jadi Abah, dia mati. Abang paling sedih kot. aku kat hostel time tu, dia siap send gambar-gambar Baby suruh aku simpan.
Sejak kematian Baby dan Kuku, lama jugak rumah ni menyepi. Mama decided taknak bela kucing dah. Tambah-tambah kucing betina. dia nak kucing jantan ja. sebab tak beranak kot. Tapi abang degil. Dia bawa balik pulak Choki. Betina pulak tu. Tapi mama agree kali ni sebab lepas Baby mati, diasedih sebab Baby tak ada warisan untuk kami. Dia rindu Baby la tu. Jadi dia terima kucing betina. Choki ni kecil je. Ganas nak mampus. Azri pun gerun sebab dia suka terkam dan gigit kaki orang. Memang lincah la kucing ni.
aku balik rumah haritu, abang bagitahu dia pregnant! yay! aku bakal dapat adik baru!!!
Nota: Aku ingat dah ada rumah sendiri nanti aku nak bela kucing banyak-banyak la. Jadi kepada Atok tua yang rasa nak kahwin dengan aku, hang kena suka kucing k. aku tahu hang tak suka kucing. Tapi aku nak bela jugak kucing!
Wednesday, May 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
wiii hannah nk dpt adik baru..
:D
nasrul:
hahaha
xsabaq nak tggu aih.
lala
nie nnt nk bg nama adik ape lak tu?
nasruL:
dak pikir lagi.
uhuk.
any suggestion??
ciku dah..
bg nama laici lak..
haha..
nasrul:
cehh!
nama xkretip lgsung.
akakaka.
aku buh nama ciku sbb mak dia nama ciko and ayah dia nama cicak.
jadi kena berkaitan jgak aww.
Post a Comment