Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, April 5, 2013

pe'el time mengandung

Assalamualaikum w.b.t

my pregnancy is entering to 8months. debor toksah cakap la kan. memang debor gila tambah-tambah duk jauh dengan suami ni. dengan takdak sapa kat sini. haih. memang drive pi hospital sendiri lah kalau dia buat pe'el nak kuaq awal. mintak dijauhkan. mintak-mintak paling koman pun tunggulah tengah bulan 5. time tu dah nak start cuti. heee. time off banyak. rugi tak habiskan. iyer dak.

ni nak cerita pe'el/perangai first pregnancy ni.

Alahan:
Alhamdulillah... sampai sekarang ni masih takdak alahan. ada orang yang alahan dia trimester pertama ja. ada plak yang sampai branak duk alahan lagi. tapi bagi aku... alhamdulillah... mudah beranak kat my little munchkin ni. takdak alahan morning sickness bagai. takdak jugak alahan tak boleh bau badan suami atau bau masakan.

cuma time jadi penumpang...kepala pening sikit. malam-malam pun kepala pening. tapi pening biasa-biasa ja. takdak la heavy.

muntah ijo bagai tu takdak. tapi tak boleh makan banyak. nanti dia muntahkan balik. wuwu.

Pemakanan:
Takdak alahan tapi nak makan punyalah susah. bukan takleh makan. boleh ja. tapi tak boleh makan banyak. karang dia kuaq balik. makan sikit-sikit ja. setakat alas perut. selagi tak berkeroncong perut... memang takdak keinginan nak makan. tapi bila pikiaq nak keja 24jam... kena jugak sumbat walaupun dia taknak.

makanan yang dia taknak fast food macam KFC, MCD, MB bagai tu. tapi Kenny Roger's Roasters boleh makan okayyyy. hahahah. demand nak hat mahai ja. tapi KFC, MCD semua tu... tengok pun tak teringin. pe'el time mengandung aku taknak makan fast food. bukan kata fast food... keropok semua taknak layan jugak. pelik aku.

lagi satu masakan sendiri. takmau langsung dijamah. masak bukan main rajin tapi taknak makan pun masakan sendiri. makanan berlauk biasa tu pun tak jalan. hahaha. sampai mak mertua aku terpaksa buatkan kek coklat kukuih semata-mata nak tengok aku makan. hat macam tu aku laju ja makan tapi tak banyak pun.

tak boleh langsung makan makanan berangin. nanti perut mula berangin. rasa ngeraih ja perut dan tak selesa. tapi solution dia senang ja... minum lah air masak banyak-banyak. terpaksa lah avoid makanan yang berangin ni kalau time kerja. 


Perangai:
Kuat merajok sangat time mengandung ni. kira nak bebai ja. tapi merajok dengan bebai dengan suami ja. sungguh-sungguh la kuat. kesian encik suami nak melayan. tambah-tambah duk jauh ni. salah sikit ja mula la nak merajuk. 

awal mengandung malas masak, kemas bagai. tapi dah lepas trimester pertama... sangat rajin mengemas, menghias rumah dan memasak. especially memasak. walaupun tak makan... tapi masak jugak. selalu bawak kat kawan-kawan blok. dah suami duk jauh... kawan-kawan blok jala tolong makan.



time mengandung ni takdak plak pe'el tak tahan kencing. setakat ni memang tak kerap pi kencing. kalau kerap pun time terpaksa minum ayaq banyak untuk hilangkan angin. tu pun tak kerap lah. sekarang ni lagilah.. aku rasa ayaq yang aku minum duk tinjah jadi peluh ja sebab johor sekarang sangat panaih siang. time tu rasa macam bersauna ja kat blok tu. 

tapi alhamdulillah... setakat ni sangat cergas. dah nak masuk 8 bulan tapi masih mampu nak berlari-lari anak, nak naik turun tangga kat blok baru. masa 20minggu pernah terjatuh time mop lantai tapi alhamdulillah tak dak apa. baby kuat kan kan kan. semoga baby terus kuat bila dah lahir nanti. kuat dari segi fizikal dan mental. insyaALLAH...





No comments: