Monday, July 1, 2013

amalan sunnah hari ke tujuh



Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah... pada hari ketujuh anak aku on 05th May 2013 haritu... dapat jugak selesaikan beberapa amalan sunnah hari ketujuh...

pada hari tu... anak aku selamat diberi nama. Nama yang kami suami isteri sepakat nak bagi adalah 'Aafiaa binti Mohd Azri. 'Aafiaa bermaksud kesejahteraan/yang sihat. Semoga anak Ummi menjadi anak yang solehah yang sentiasa sihat dan sejahtera di dunia dan di akhirat. nama yang dipilih memang pendek ja. senang. aku suka pendek-pendek sebab nama aku panjang so aku kadang-kadang tension jugak nak bukak buku kejadian kena tulih nama penuh-penuh. so nama anak... aku dengan suami pilih satu saja. dan pendek. tak perlu panjang-panjang. ni nanti panjang-panjang... panggilnya pendek jugak kan. 

haritu jugak kami suami isteri laksanakan aqiqah untuk 'Aafiaa. sembelih kambingnya pada hari ketujuh tapi kenduri keesokkan harinya sebab kambing ambil dekat Trong, Taiping tapi kenduri buat dekat rumah mertua dekat Kulim. so petang hari ketujuh tu pi sembelih dan bawak balik ke Kulim. dah memang dari waktu mengandung standby kan duit untuk aqiqah. disebabkan tak tahu jantina dia masa tu... kena sediakan lebih lah.

rambut anak aku jugak sudah selamat dicukur pada hari ketujuh jugak dan harga emas timbang rambut yang dicukur tu disedekahkan kat anak yatim. rambut dia masa lahir taklah tebal sangat. memang ramai teka dia lelaki. bila botak... lagi la orang kata lelaki. hahaha. tak apalah rambut dogoi pun... yang penting rambut dalam perut tu kena buang. kalau ikutkan cukur ikut sunnah Rasulullah SAW... rambut kena cukur habis... bukan potong sikit-sikit. so... anak ummi botak pun botak lahhh. majlis apa pun tak buat. yang penting... kepala kena gondol

bertahnik atau belah mulut pun dibuat pada hari tu. bertahnik guna air zam-zam dan kurma oleh mertua aku sendiri. memang orang kata lagi elok buat dengan mana-mana ustaz. xpa... mertua aku pun kuat agama orangnya dan luas ilmunya. insyaALLAH 'Aafiaa dikalangan orang yang kuat agama. :D


Semoga anak Ummi dan Abi, 'Aafiaa binti Mohd Azri menjadi anak yang solehah, taat kepada ALLAH SWT, cintakan Rasulullah SAW dan rajin-rajin mendalami al-Quran serta belajaq ilmu agama islam dengan lebih mendalam. Ummi dan Abi love you 'Aafiaa. 

1 comment:

Danial Haiqal said...

Amalan Sunnah | Tanyalah Ustaz
Oleh: Ustaz Asrulnizam Abas

InsyaAllah Bermanfaat