Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, January 31, 2009

randomness pt.8




"You don't love a woman because she is beautiful, but she is beautiful because you love her" -

Unknown



aku edit ok.
ehem
you dont love a man because he is handsome,
but he is handsome because you love him.


ok.
i love him.
i want his heart.
not his look.
tak kekal.
kan?
ada tak orang yang boleh buat aku chantek dengan cinta dia?
teringin nak jadi chantek jugak.
:)


nota: cam hampeh


Thursday, January 29, 2009

hebatnya dugaan ini

Ya Allah Ya Tuhan ku,
hebatnya dugaan ini.
aku benar-benar terkejut bila mendapat tahu.
mendapat tahu keseluruhan cerita.
mungkin juga cerita sebenar.
aku tak marah.
aku tak sedih.
aku cuma terkejut.
aku cuma mampu ketawa.
hambar.

benar, aku masih terkejut.
aku tidak pernah menjangkau sampai ke sini.
aku tidak pernah menduga begini sekali.

Kau dah selamatkan aku.
hari itu. dan hari sebelum nya.
aku pasti.
Kau tidak benarkan benda itu terjadi.
halangan-halangan itu.
aku bersyukur.
aku gembira.
aku selamat.
aku bersyukur dan gembira kerana Kau mewujudkan halangan itu.



nota: semoga dia berubah.

Happy Birthday Athif



Encik Athif Ghuzlan
selamat ulangtahun kelahiran yang ke 20.
semoga sukses selalu.
semoga berjaya menjadi pilot.
:)


nota: tu je aku nak ucap.



Monday, January 26, 2009

Happy Chinese New Year~!






di sini saya mahu mengucapkan...
Selamat Tahun Baru Cina!!
Buat seluruh kaum Cina di Malaysia.
terutamanya untuk anak saya,
Lau Sin Yee!!!
Happy Chinese New Year, daughter!
dapat angpau kasi papa skit.
wekkkk
love you!





Hero-hero aku





thadaa~!
Nak tahu cerita...
tunggu lah yer.
kesimpulannya, merekalah hero-hero aku untuk 25th January 2009.
dan selamanya.
*smiles*

nota: sangat suka hati.


Friday, January 23, 2009

craving!

kalerful owhhh

hari Rabu ritu, masa ondaway balik Taiping,
singgah R&R Juru.
nampak jerukk... apa lagi..
"Maaaa!! nak jeruk!"

aku beli 3 jenis.
buah pala..
buah salak (feveret nih)
and buah apa satu lagi yang warna warni tu.
aku campurkan sekali.
menarik pulak tengok.

atok!! jangan jeles makcik dapat banyak jeruk..

nah kasi zoom sket. nyummmyyy


nota: masih craving kuih cincin sebenarnya...cekgu kata semot dah kidnap. sobs. T_T


Thursday, January 22, 2009

Chikugunya

betul ke aku eja tu?
anggap jelah betul.
tadi pagi, aku terus ke rumah Paktih aku.
Pagi-pagi buta siapa je yang ada.
Qaiyum sudah ke sekolah.
Sarah dan Myra masih berselimut lagi.
Paktih pula sedang sibuk bersiap nak ke kerja.
sehinggalah Amen balik, baru aku ada teman bersembang.
sambil tengok cerita Eyes of Dolphin, kami berbual mengenai Maktih aku.

Maktih aku kena jangkitan Chikugunya.
Sudah seminggu ditahan di wad.
tu yang aku balik awal tu.
aku rapat dengan Maktih.
sepanjang tahun 2007, aku tinggal bersama keluarga Paktih aku.
kiranya keluarga Paktih aku merupakan keluarga kedua aku.
Maktih tak berapa rapat dengan dua orang anak perempuannya.
krisis dalaman.
mungkin sebab tulah Maktih rapat dengan aku.
aku anggap Maktih macam mama aku sendiri.

bila aku dengar Maktih kena Chikugunya...
aku dah tak senang duduk.
tapi masa tu aku kat Merbok.
so... disebabkan dah tak tahan sangat...
aku minta balik awal.
maaf yer lecturer.
aku sayang Maktih aku.


tengah hari tadi kami ke hospital.
aku dengan Qaiyum temankan Maktih.
badan Maktih nampak susut.
aku risau jugak.
kalau melarat teruk.
tapi Alhamdulillah, doktor kata dah kurang.
cuma Maktih sengal-sengal badan je.
panas dah kurang.
semoga Maktih cepat sembuh.
nanti boleh kita sembang-sembang lagi.
rindu lah kat Maktih...


nota: ibu saudara paling sporting. :)

Wednesday, January 21, 2009

Pergi...

Sedang aku online, Famy buzz kat YM...
dia tunjuk lukisan die lukis.
aku kata kena dengan hidup aku..
tapi aku perempuan.
lepas tu die suh aku pulak yang lukis..
tajuk kena sama.
PERGI...


ni aku buat... version pompuan kene tinggal


ni Famy buat... version laki kena tinggal.
(tak aci ar hang scan. aku guna kamera ja. aku amik yang ori tau)


MANA CHANTEK?? PILIH PELISSS...

nota: ko tak kena tinggal. apsal ko buat idea gini ntah.


Semalam punya cerita

Semalam lepas kelas, aku tertidur.
Ok ok... aku terskip Netball.
Budak-budak bilik gerak aku xdengar rasanya.
Nampak sangat tidur mati.
Bangun-bangun... aku kelaparan.
Lepas mandi semayang dan segala-gala yang patut...
aku pergi ke Dining Hall dengan hasrat mencari makanan.


sampai di Dining Hall, aku terus pergi check balance kredit dining.
ya ya.. aku jenis check dulu baru cari makanan.

Aku: kak... nak check balance. 1916.

(kakak dining tu memasukkan id aku ke dalam system)

ID BLOCKED

Kak dining: sekali lagi dik.
Aku: 1... 9... 1... 6...

(kakak dining memasukkan semula id ke dalam system)


ID BLOCKED

Aku: Aik... (muka kompius)
Kak dining: (Muka kompius jugak). Meh no matrix.
Aku: 2007130459

(kakak dining memasukkan pula no matrix aku)

ID BLOCKED

Aku: (what the fish...!)
Kak dining: Adik dah daftar kolej ke?
Aku: sudah. pelik. takpelah kak. cancel. thank you. (sambil sengih)


penyudahnya... aku tak makan malam tu.
lapo shiallll....
kejam lah engkau Encik Aziz!
yang pergi block id makan aku kenapa!
aku dah daftar kot.


pagi tadi... aku pergi pejabat kolej.
akak yang keje kat situ mintak maaf sebab lupa nak tanda nama aku.
WTFish tol la.
bagi makan ikan toman kang baru tau.
tak pasal-pasal aku kelaparan seh

bukti aku dah reg!


nota: bulih kurus aku gini kalau tak bukak jugak id makan aku. nyesal pulak pegi daftar balik. bahaha

Nak Balik








Bye bye Merbok, Kedah.








Awak... saya nak mengaku


saya rindu awak sangat-sangat.
saya nak tidur... tapi i see your faces everywhere.

you haunted me lah.
awak...

could you remember me?
even you need to leave

awak mesti dah lena dibuai mimpi kan.
awak kan kuat tidur.

:)



kita tetap kawan. dan tiada apa-apa. jangan panggil saya ego... sebab saya sendiri takut. sekarang ni... dah terbukti. saya sakit. rindu awak.


terima kasih.


nota: holding your cold hand makes me feel safe. makes me feel belonging and makes me feel... you are mine. even we're not. i miss you like crazy...


Tuesday, January 20, 2009

Cekgu!! Belikan ini!


di sebabkan Cekgu Epit berada di Sarawak sekarang...
aku nak kuih ni.
nama dia kuih cincin.

cekgu!! aku tak kira.
aku nak jugak.
sebelum hang balik esok...
hang pi pasar siang..
carikan kuih cincin untuk aku.

dah kepingin brapa tahun tak dapat makan nih.


dulu selalu jugak aunty aku yang keje kat Sarawak belikan setiap kali balik Taiping.
Sekarang die dah pindah Taiping.
Aku dah lama tak dapat makan kuih tu.
sobs.. cedey nya.

siapa-siapa yang pergi Sarawak..
balik nanti belikan untuk saya yerp!



nota: jenuh aku google dari kuih tradisional sarawak ke kuih mende alah pe lagi ntah. akhirnya dapat jugak yang dicari.

Ini 200

*jumping ups n downs*
Awwuuuuuu~!
Macam tapecaya lak.
dah 200.
ritu brape bulan baru satus.

pape jela..


untuk seorang yang malas berbelog dulu..
padan muka kan.

aku pon banyak mengarut je dalam belog nih.
just jurnal dan apa yang aku terpikir.

siapa yang rajen layan bebelan aku tu..
terima kasih yep.

untuk warga-warga MP skalian...
terima kasih kerana sudi melayan kerenah adik mu ini.
ngarut-ngarut pun korang sanggup komen.
sampai berforum dalam tu.
sayang sama akak-akak dan abang-abangku sekalian.
Kak Leeya, Kak Hanna, Kak Inn, Kak Malina, Kak Lin, Kak Dayah, Kak Fyza, Kak WanZy, Kak Sela, Kak Ijon, Kak Lina, Nyssj,

Abang Lan, Abang Capik, Abang Wan Komeng, Atok Paiseh, Bosh Roy, Cekgu Epit, Abang Cunaz, oh tidak lupa pada abangku Mr. Yoi (walaupun jarang berMP).

Serta rakan-rakan MP lain yang sudi komen dan melayan. hahaha
sayang koranglah!

ya...aku lebih aktif di MP.
dari account pertama sehingga account baru ini.
korang setia bersama.
aku lebih selesa di account baru ni.
aku nak post apa pun takpe.

(mereka pun ramai sudah jadi blogger di blogspot ni)

yang berada di blogger juga..
tekiu sebab sudi membaca.
sudi menjenguk dan memberi komen serta sebagainya.

Terutama...
Tekumayakun a.k.a Famy. kau banyak layan celoteh aku.

Sis Mimie, Sis Jijie, Pakmat, Yana, Ika, Sis JM, Sis Iu, Sis Vagg, Cik Izni, adekku Adam, Cik Ari, FD, Nasrul Nash, Aelynne, Mrs.Bubu, Shara, Nasa, Is dan sesiapa lagi yang rajin komen celoteh-celoteh aku.

korang pun... silalah celoteh-celoteh lagi ya.. i love to read dan drop komen merapu.

cuma sekarang ni connction cam hampeh... susah benor nak masuk belog beberapa rakan blogger.
frust kanmahin!


melalui belog ni lah aku dapat ramai kawan-kawan baru.
yang aku boleh baca celoteh dan luahan mereka..
myspace dan friendster pun bleh dapat jugak..tapi bukan kenal betul sangat..

aku gembira berbelog.
sampai kak leeya kata dah jadi part time.
ano bah ate?
hahaha


nota: skema.

Januari Bebeh

Umi Farhana!!!
Happy birthday to my senior!
Happy Sweet 21th.

Hahaha
semalam kena blast.
ciannya Umi..
kejam kan Zara, Atin, Erma, Is dan Hana kenakan Umi.
comot muka Umi semalam.
tapi lepas tu... Umi balas balik kat Hana eh!
Happy Birthday Umi dear.
Semoga sukses selalu.
Semoga bahagia selalu bersama Paid.




Umi Farhana aku kenal melalui Zara.
Baru sangat kami kenal... tapi macam dah lama kenal plak.
Masa tu kami keluar sekali.
Dia nak buat rambut.
Comel!

Dia sangat ayu orangnye.
hitam manis yang sweet.
sopan santun.
cakap pun sweet sangat.

she is my senior.
tapi different course.
dia budak DIDE atau Diploma in Industrial Design.
Ok ok..satu kelas dengan Nikman.
well umi sayang...
selamat ulang tahun!


nota: video dan gambar malam tadi ada kat Atin.

Monday, January 19, 2009

khayalan tingkat tinggi


(Pinjam site kak Hanna Senior punya tajuk kejap)


leeya46
wrote today at 4:13 PM


"hurmm..mandai je kamo ni eah..
nape la cinta kamo bdua xmjadi kan..
kalo x..wah..xleh nk bayangkan.."


*diam*

*diam lagi*

*masih terdiam lagi*

aaa

*diam balik*


kak...
hana sendiri pun tak boleh bayangkan.
mesti bahagia kan kami.
mesti hana tak kenal sama vampire ijo dan mamat sengal tu.
mesti hana happy sentiasa.
kalau sedih-sedih pun..
sekejap aje.
sedih manja.
gaduh manja.
i miss him a lot, sis.

dekat MP pun...
pasti... pasti...
penuh cerita hebat-hebat dan indah-indah belaka dari kami berdua.
dan yang pasti, kalau dia bleh terima hana..
pasti... gambar-gambar kami penuh di ruangan photo MP tu.
lagu-lagu kami jadi halwa telinga di MP itu jugak.
hana akan post jugak video aksi ragam dari dia yang hana rakam.
hana akan post reminder nak jumpa dan date dengan dia.
yang pasti...
hana akan suruh dia join MP jugak.
boleh dia berkenalan dengan Kak Leeya.

*diam lagi*'

kuatnya hana berangan. siapalah hana nak dibandingkan dengan perempuan itu.
tak layak kot.


nota: jodoh kami di sini saja. dia tak nak hana la kak. :)

kepada kau

aku sangat-sangat tak ok hari ni.
rasa nak keluar je perkataan-perkataan yang xsepatutnya dari mulut aku nih!


*sabar hannah sabar*


*tarik nafas dalam*


ahh...
kau... kau takkan pernah berubah.
konon cuba untuk menggunakan peluang sebaik mungkin.
tapi ape kau dah buktikan sekarang?
kau memang tidak boleh dipercayai.
kau memang tidak berguna.
kau memang tidak hormat perempuan.


aku dah cakap semalam.
aku benci kau.
jangan datang lagi.
jangan cuba untuk mencari aku lagi.
kalau ternampak kau di tengah jalan.
aku akan lari.
aku taknak tengok muka kau.
aku benci tahu tak!
kau tak pernah berubah!


lepas kau luahkan segala maki-makian...
dengan buat muka tidak bersalah...
kau datang balik.
seolah-olah tiada apa berlaku.
kau ni ada perasaan ke tak?
bagaimana kalau aku pula buat begitu?
kau tak fahamkah apa itu perkataan tiada lagi hubungan kita?
kau tak fahamkah apa itu perkataan aku benci kau?
jangan datang lagi boleh tak?

hati aku cepat kesiankan kau.
dengan buat muka kesian tu.
muka tak faham bahasa.
muka tak bersalah!
eee!
aku benci kau lah!

jangan cuba kembali untuk entah keberapa kali.
jangan cuba untuk menagih hati aku lagi.
jangan cuba untuk buat muka simpati.
jangan cuba untuk katakan maaf kalau benda ini akan berlaku lagi.
aku penat dengan orang tak faham bahasa macam kau.


oh ya.
jangan cuba untuk tentukan siapa kawan-kawan aku.
jangan cuba untuk tentukan rupa fizikal aku.
jangan cuba untuk tentukan hidup aku.

aku tidak akan buang kawan kerana lelaki macam kau lah.
kerana kau aku pernah down dan aku tidak konfiden dengan diri aku!

maaf.
aku bukan Hannah yang dulu.
aku gembira dengan diri aku sekarang.
dengan hidup aku sekarang.

tak ada kau aku boleh bernafas.
aku tak perlu ikut segala kehendak kau yang buat aku serba salah.
dahlah.
jangan muncul-muncul lagi dalam hidup aku.

kau masaklah makanan kesukaan aku sekali pun.
kau buatlah apa yang aku suka pun.
yang nyata...
aku tidak akan kembali kepada kau yang tak pernah hargai aku bila aku berada dengan kau.


aku benci kau!

Sunday, January 18, 2009

Special Dinner?


ano bah?
spageti special ke?
xspecial pun.
tapi yang buatkan spageti ni special...
ia dimasak oleh seseorang untuk aku.
ya ya.
khas untuk aku sahaja.


kisah nya begini...
aku saja mengusik seseorang ini untuk masakkan sesuatu kat aku.
memandangkan dia duduk di rumah bujang yang lengkap dengan dapur.
dia pun mahu memujuk aku kembali...
jadi dia pun masak jugaklah kan.

and dinner for tonight...
special made spageti. cooked by him.
oh... thank you so much, Nikman.
well, not bad.
sedap bagi seorang lelaki yang masih baru memasak lah kan.

tapi,
when you asked for one more chance...
i just can say... no, thanks. enaf.
im tired.
ive been thinking about our relationship
and...

run hannah run.
dont ever look back!
let bygone be bygone.
no more chance for you.
fullstop.

nota: terima kasih untuk spageti yang agak sedap ini. lain kali buat lagi kalau tak kisah yer. im not mad... just... disappointed coz kamu tidak akan pernah learn how to appreciate someone.

Friday, January 16, 2009

cuba rasa boleh?

weyh weyh..
Famy... apsal aku jiwang hari ini?

boleh kaw jawab tak?


tadi aku dengar lagu Kerispatih - Bila Rasa Ini Rasamu.


kepada si dia.

saya tujukan lagu ini untuk awak, boleh?
saya tak peduli.
awak kena dengar jugak.
awak kena faham jugak lirik dia.

saya tahu saya jiwang.
tapi jiwang tak salah.

awak...
ini liriknya...
awak baca yah.



Aku memang terlanjur mencintaimu
Dan tak pernah ku sesali itu
Seluruh jiwa rela ku serahkan
Mengenang janji setiaku

Kumohon jangan jadikan semua ini
Alasan kau menyakitiku
Meskipun cintamu tak hanya untukku
Tapi cobalah sejenak mengerti

Bila rasaku ini rasamu
Sanggupkah engkau menahan sakitnya
Terkhianati cinta yang kau jaga

Coba bayangkan kembali
Betapa hancurnya hati ini kasih
Semua telah terjadi

Aku memang terlanjur mencintaimu


boleh mengerti sekarang?
cuba rasa... rasa saya ini awak...
saya penat lah awak.
saya berhenti.


kepada penyamun cinta aku,
cinta dalam hati ini saya nak padam.
boleh tak awak?

jangan muncul lagi okeh?
pergi jauh-jauh.
sekian terima kasi
h

awak siapa?

nota: tiada spekulasi lebih-lebihan ya. jangan cuba teka siapa ya. tiada siapa. gambar hanyalah sekadar hiasan.


Mood pagi Jumaat

Kedah bercuti hari Jummat.
Selepas selesai sesi check bilik oleh pihak JPK,
kami bersantai dan bersarapan.
tiada kelas maka, rehat sajalah.

pelakon-pelakon:
Didy dan Echa.

jurukamera:
Hannah Joe

lokasi:
bilik M1-04-10


masing-masing kusyuk mengisi perut.

sesi Didy buat dajal kat Echa.

sesi ketawa riang

lepas biskut, megi pula.

Didy eksited menyokong Echa mengacau megi.


nota: aku ketawa tak ingat melihat aksi live mereka yang gila. lambat gila nak upload pics. bongok.


Greenday

jam menunjukkan pukul 0318.
awal? tidak tidak. sudah lambat bagiku sekarang.
mungkin dulu boleh dikategorikan awal.


aku sedang menemani rakan bilikku Didy yang sedang buat latihan akaun.
semangatlah beliau! gambateh!

dan aku baru selesai hias meja, pintu almari, dinding dan notice board aku.
maklumlah, esok pihak kolej Masria akan mengadakan Greenday.

Bukan band Greenday yer kawan-kawan.
bukan juga hari yang hijau yer kawan-kawan.

ia hanya merupakan hari... maaf... aku tak pasti.
yang aku pasti, esok ada pertandingan.

bilik tercantik dan terbersih.
bilik terkotor.

hooookaayyy!
pe jadahnya bilik terkotor pun ada award?
semua bilik compulsory ok. tiada yang terkecuali.
kalau kunci bilik, mereka-mereka (pihak kolej)
akan tetap datang.

mungkin juga mahu menjalankan spotcheck.
agogo!
semoga berjaya mencari bahan terlarang.
kami budak-budak bilik ini baek-baek belaka.
tiada bahan terlarang.

malam ini patutnya aku sudah berada di Langkawi.
bersama kakak ku yang tercinta.
tapi apakan daya.
disebabkan Pilihanraya, Latihan Dalam Kumpulan serta bla bla bla.
aku hanya mampu berada di UiTM, Kedah.
Benci. kejam. kenapa LDK perlu minggu ini?

mahu lihat bilik aku?
nanti aku kepilkan gambar yah.


nota: aku masih belum daftar elektrik. duit tak banyak. tanak bayar daftar elektrik yang setiap barang yang menggunakan elektrik berharga RM10. kalau sepuluh barang aku bawak?
Didy sedang bergayut. eh. xjeles. berbulu telinga. nanti aku post kenapa.


Thursday, January 15, 2009

Aku, Zara dan dot dot dot

Semalam, aku pergi dengar Manifesto Pilihanraya MPP
atau lebih afdalnya... Janji-janji manis calon-calon MPP.
Lepas sign attenden... (kena paksa okey. demi 1% aku sanggup)
aku, Zara dan Razman memulakan sesi tawaf Uitm.
Dari ATM kat post pengawal, kami patah balik, sehingga ke foodcourt.
Sembang-sembang sebentar di situ, sementara menunggu makanan yang di order siap,
kemudian, balik ke kolej.

Zara ajak aku lepak dengan dia dekat bilik dia.
Al-maklumlah, kami sekarang bekas MADU kan.
Memang kelakar bila ramai kawan yang tegur,
ex gf Nikman boleh baek-baek. dan sangat rapat.
sebab sebelum ni Zara dengan ex Nikman yang sorang lagi... macam musuh.


Semalam ada hal yang perlu diselesaikan.
antara ex-ex Nikman. Aku, Zara dan Zi.
Tak perlulah tahu. Hal perempuan dan perempuan.
tapi yang nyata tiada kena mengena dengan Nikman.
Memang aku tak sangka... perempuan macam tu ada.
aku ingat sekadar hiburan di television je.


Lepas dah selesai,
aku dan Zara balik bilik dia, makan-makan.
sembang-sembang.
(bateri hp aku pun flat. jadi sangat tidak mengganggu)
kami bukak cerita macam-macam.
cerita banyak jugak.
macam kami ni dah lama kenal.
padahal baru sem ini rapat kot.


pukul 7 pagi, baru aku balik bilik.
ok... KAMI TAK TIDUR.
Balik... tidur dan oh! aku terponteng kelas BEL. Ops!

dan tadi...
lepas selesai e-voting,
aku lepak lagi dengan Zara.
Razman suruh kami pergi sokong dia main bola.
al-maklumlah kami kami bini pertama dan keempat.
macam sengal.
tapi dia kalah sebab bini kedua dan ketiga tak datang!
hahaha.

sepanjang game tadi, rasanya mata Zara lekat dekat ex dia, Caid.
i know you love him so badly, dear.
kinda cute si Caid tu. hahaha
kami taste samakah??


nota: Zara... i love you dear. :) hope our friendship will last forever.
Btw, semalam ada gathering antara ex-ex gf Nikman.
Aku, Zara dan Zi.
memang kelakar.
Zi yang first... lahir bulan Januari,
Zara yang second... lahir bulan Februari,
dan aku yang third... lahir bulan March.
Kebetulan?? Memang Nikman pandai susun.

Pilihan Raya MPP

gah~!
aku masih belum pergi mengundi lagi.
semalam sudah pergi mendengar janji-janji manis mereka.
tapi kenal muka pun tidak.
siapa mahu diundi?
xundi xbleh ka?
Razman dah bising.
aku masih belum menunaikan tanggungjawab aku sebagai rakyat UiTM.





nota: eh eh... bukan mengundi 21 tahun ke atas? kenapa tidak ikut sistem pilihanraya umum? kan sudah menyusahkan aku yang masih belum 21 tahun kena turun mengundi. oh tidak. hak hak.


Wednesday, January 14, 2009

nak balik!

dahlah tak dapat pegi Langkawi jumpa Kak Leeya.
pehtu Failihin pulak mesej kata parents Arwah Nazmi nak datang umah ahad ni.


Aku nak balik!!
tension duduk dekat Merbok ni.
Ok ok.
Ramai yang post blog kata SP ni pun ok jugak.
not bad at all.
sori.
aku masih tidak gemar.
aku rindukan Taiping!

nak balik Taiping!!!
abang besa!!! tolong ambil adik mu ini.
tapi kamu pun nak pergi KL.
nyampah lah... tak ajak.

i miss Taiping so badly.

Ok... katalah aku homesick.
aku tak kisah.
aku tak rindukan rumah aku.
aku rindukan Taiping.
aku rindukan sepupu-sepupu aku.
aku rindukan family Paktih aku.




nak balik! Uitm kejam!
tampal notis tak bagi balik minggu ni.
keluar pun tak boleh.
KEJAM KEJAM!

Tuesday, January 13, 2009

curiosity

baru balik dari latihan Netball.
penat penat penat...


aku dapat mesej tadi daripada Falihin:
"Xnampak pon hang gemok... hehe... jangan lupa makan lak...
tin, ari ahad ni aku dengan mak n ayah arwah nazmi nak pergi umah hang.."


aku agak terkejut. jadi aku balas:
"Gemok. laaa..aku mana balik minggu ni. cena nak jumpa ayah n mak arwah."


Falihin balas balik:
"Bukan nak jumpa hang pon... hak hak.
Mak n ayah arwah ada hal skit dengan mak ayah hang...
aku sebagai petunjuk jalan je... huhu."


Aku balas.
"Ha? Nak jumpa parents aku? buat apa weh? Gtau la.. aku dah curious ni."


Falihin balas:
"Masalahnya aku dah janji nak rahsiakan perkara ni buat sementara waktu...
relax ar tin.. doa-doa jela perkara yang baek ini berjalan dengan lancar."





Ok... serius... aku sangat terkejut dan tak faham.
Kenapa mak dengan ayah arwah Nazmi nak datang jumpa mama dan abah aku?
Aku terlalu curious nak tahu.
lin!! nak tahu!!!


nota: siapa boleh teka?? aku belanja makan kalau betul. bahaha.

currently missing...

aku bosan.
aku sunyi.
aku dengar lagu.
lagu itu... liriknya sangat terkena.
mahu lihat liriknya?

ini dia antara beberapa kerat.


Kuinginkan masa lalu
Kembali menyinari
Sinarkan segala ruang di dalam diri

Durjananya sikapmu
Menewaskan egoku
Hanya Tuhan saja yang tahu mengapa begitu.

-Kaktus by Widuri


yang pasti...
currently missing him so badly.
usikan itu...
masih terngiang-ngiang kat telinga aku.
nak dia sekarang boleh?

tak.
aku tak spread love (bak kata Adam)

ego dah tewas.
cuma... aku tak mahu.
aku taknak.
terima kasih.
aku selesa begini.


janganlah... aku hanya rindu.
TITIK

nota: jangan buat kesimpulan apa-apa ok.

Monday, January 12, 2009

Mahu ketemu Kak Dayah & Kak Lin



Aku sedang mesej Kak Leeya ku sayang untuk memberitahu mengenai pembatalan rancangan aku untuk berjumpa dengan dia. (SEKALI LAGI!!!)


Ini semua sebab Latihan Dalam Kumpulan yang bakal berlangsung hujung minggu ini.
Oh tidak!
Ini pembatalan kali ke berapa entah.
Kenapalah susah sangat nak jumpa akak kesayangan aku nih.
Dulu nak jumpa pun... ada je halangan.
Beberapa MP Clanz lain aku dah jumpa dengan senangnya.
Tapi orang pertama aku kenal dalam MP tu la paling susah.
uhuk...

Kak Leeya mesej tadi... dia bagitahu yang Kak Dayah dan Kak Lin nak terjah aku.
Mereka berdua dari Langkawi. Jadi mereka berdua mahu singgah SP dulu lah.
Aku kata esok aku xfree pukul 12pm-2pm je.. sebelum dan selepas aku free..

Sedang aku layan lagu nyanyian Charice, tiba-tiba dapat mesej dari Kak Dayah.
Dia kata mahu ajak keluar malam ni.
aha!! aku batalkan plan aku dengan orang itu. ada orang itu nak belanja aku makan tapi aku cancel demi kakak-kakakku sekalian. bahaha


jadi... sekarang ini...
sedang menunggu mesej selanjutnya dari Kak Dayah.
Itupun kalau mereka berdua jadi datang malam ni lah kan.





nota: kepada Kak Leeya... sedey sedey. tak dapat jumpa. tapi kamu tetap bertakhta dihatiku! orang kata banyak dugaan ni bahagia kan? bahaha.. ayat macam orang couple plak. Jangan marah Abang Epul.

siapa tik?


Tadi aku post new album dekat MP.
kemudian... adalah komen-komen dari MP Clanz.
yang buat aku tertarik:



wankomeng said:
eh,capiq cm berkenan je???
kang mrajuk tik kang...
tp elok gak,sorg tik,sorg pisang...
huhuhuhuhu...




aku balas:
tik tu sape abg wan

*wondering*

hahaha




wankomeng wrote today at 4:06 PM

nak tau ke???
wat blog baru tnye sape tik???
kompem ade org menyahutnye...
huhuhuhuhuhu...
xgitu tik...
kwek...kwek...




so sekarang saya mahu bertanya kepada sesiapa yang tahu.
terlalu curious okey abang capik! adik mu ini ingin tahu.
jadi kepada sesiapa yang tahu...



SIAPAKAH TIK?



Sunday, January 11, 2009

terus atau berhenti?

tadi Abah aku datang Uitm.. hantar kad bank and beberapa barang.
kebetulan hari ini kelas aku tak banyak.
kiranya tengah hari tu... lapang lah.
dorang lepak sampai pukul 3 lebey sebab lepas tu aku ada kelas.
masa hantar aku ke bangunan HEA...
my dad tiba-tiba cakap.


"Kalau hang rasa nak berhenti, ikut lah.
pilih course mana yang hang suka."


Aku terkejut.
memang terkejut.
bapak aku ada baca belog aku ni ke?
mana dia tahu aku duk merapu di entry daughter to father itu?

memang aku sentap.
tapi aku hanya diam jelah.
kemudian aku mesej Atok Munckin.

Aku: Atok... Abah makcik bagi makcik brenti. dia bagi makcik sambung benda makcik nak
Atok: Abeh tu makcik nak kua ka..?
Aku: Rasa macam nak kuar.
Atok: Abeh tinggal la atok sorang-sorang kat sini. huhukk..
Aku: Ala... atok kan ramai kawan. Makcik yang xdak kawan tau...
Atok: Atok kan ada.. atok xdak kawan yang besh mcm makcik.
Aku: 0o... makcik best ek? ekeke... Tapi atok pun tinggal 1 sem je lagi. sobs
Atok: Xla...lagi 3sem meh... part 8 baru habis sebab banyak paper yang xambil lagi. 11 lagi. lagi sedih.
Aku: Nantilah pikir.
Atok: Makcik pikir la mana yang terbaik k.


Sepanjang kelas Current Issues tadi...
apa yang Mr. Bad ajar... langsung aku tak peduli.
kepala aku duk pikir nak berhenti atau teruskan jugak.
kalau aku teruskan... aku rasa macam buang masa pulak.
Abah dah bagi peluang untuk aku teruskan benda yang aku suka.


nota: masih berfikir.

Saturday, January 10, 2009

All the best Famy!

Tadi Tekumayakun bagi mesej kat aku:


"Cet..apala.. grab 1 la... weh.. aku nak men futcal. ;-)
Doakan aku menang yunk"


Bahaha.
Wahai TekumaFamyku...
Semoga menang malam ini.
Jangan kalah macam selalu.
wekkk~!
BassyyahHh!

aku termasuk skit senarai Adam

Adam ada tulis entry pasal Spread the Love, Kill the Pain.

well...
aku tak berapa sure adakah benda ini dipanggil L.O.V.E.


Tapi...
aku happy...
aku happy...
aku happy!!!


terima kasih kerana membuat aku senyum.
orang itu...
ya orang itu...
i miss you so farking damn much.

*senyum sampai telinga*


kepada Tekumayakun...
sorilah sebab hang kena dengar luahan excited dari aku tadi.
bahahaha
aku tableh kontrol tau.
aku tau...
nanti happiness tu akan di grab away jugak.
tapi tak salah kan aku nak raikan happiness aku untuk hari ni.


aku mengaku.
rindu dia sangat!
rindu hidung itu!
rindu muka kompius itu!
rindu childish dia itu!
rindu senyum dia itu!
rindu usikan dia itu!
rindu kutukan dia itu!
rindu dialah...


dan bila aku dengar dia bagitahu pasal tu...
aku memang cakap yes! tapi aku kata balik... kidding.
tapi sebenarnya... memang... yes!!! (jerit excited)


selamat malam.
aku xleh lena tido neh!


nota: tekumayakun... senyap sudey!

Friday, January 9, 2009

Daughter to Father

tiba-tiba playlist di mp3 aku yang aku que beratus-ratus lagu memainkan lagu

Confession of a Broken Heart - Lindsay Lohan

aku bukanlah peminat Lindsay Lohan. tapi lagu itu boleh buat aku menangis.


Abah...
Aten sayang abah.


Boleh aku ambil sedikit daripada liriknya yang berkaitan?
Aku tak peduli.


And I wait for the good Lord to make me feel better, And I carry the weight of the world on my shoulder, I am broken, but I am hoping, I am crying, a part of me is dying, and these are, confession of a broken heart.


I cry whenever I listen to this song.
Bukan touching... bukan...

Abah...
Abah pernah jadi hero Aten.
Ketika di sekolah, di myspace, di mana-mana.
Siapa tanya siapa hero atau role-model Aten,
Aten jawab... Abah. Abah. dan... Abah.


Abah...
tengok Aten sekarang ni...
Adakah Aten membesar dengan standard yang Abah sediakan?
Adakah Aten mengikut spesifikasi yang Abah tetapkan?
Adakah Aten membuat Abah bangga?
Ada ke?

Aten tahu...
Abah rasa Aten hanya membuang masa dengan membuat perkara yang Abah tak setuju.
Aten tahu Aten dah banyak buat Abah susah hati.
Bila Aten tidak mengikut spesifikasi yang Abah tetapkan.
Memang sakit... Memang sedih bila benda yang Aten suka Abah tak setuju.
Memang sakit... untuk Aten mengikut segala yang Abah mahu.
Memang sakit... untuk Aten mengenepikan segala-galanya demi kemahuan Abah.

Cuma satu...
Aten nak Abah bangga dengan Aten.
Tapi Aten tak mungkin cukup buat Abah bangga.
Maaf... Aten tak cukup sempurna.

Aten tahu...
Mama dan Abah... put so much hopes on my shoulder.
Sebab sekarang ni Mama dan Abah hanya mengharapkan Aten.
Tapi Aten tak larat pikul.
Aten tak larat tanggung.
Aten tak kuat dah.
Aten lemah.


Aten cuba untuk mengenepikan rasa sakit dalam diri Aten.
Aten cuba untuk meneruskan juga...
Aten cuba untuk mengikut juga permintaan Abah.


Abah...
Aten rindu sangat masa-masa lalu.
Semua orang akan panggil Aten anak Abah.
sebab Aten sangat manja dengan Abah.
Tak mahu mama... hanya Abah.
Walaupun pernah berbirat-birat paha, belakang badan dan tangan kena rotan.
Aten tetap mahukan Abah.
Abah garang... Tapi Aten tetap mahu Abah.
Kalau mahu minta tolong buatkan sesuatu...
yang Mama mahu buat secara sukarela...
Aten tetap mahu Abah.
Merajuk, menangis, bebal, sampai Abah buatkan.

Tapi itu dulu.
Masa Aten masih anak kecil.
Tapi sekarang...
kita kurang bertegur.
Abah lebih rapat dengan Eja.
Bukan Aten cemburu.
Cuma Aten rasa hubungan kita dah jauh.


Kita dah hilang kemesraan itu.
Nak bercakap pun...
Cukup susah.
Bergambar berdua pun tidak pernah.
Tapi Abah dengan Eja... banyak gambar sekali.
Macam ada tembok antara kita.
Abah cakap pun dah tak macam dulu.
Abah tak pernah melawak dengan Aten dah.
Aten akui Aten terkilan bila tengok Abah dengan Eja.
Tiada benda yang kekal selamanya.
Dah terlambat...
Aten minta maaf... Aten tidak boleh jadi anak yang sempurna.
untuk Abah.

Sekarang ini...
Aten dah tak kuat.
Aten perlukan Abah.
Aten rindukan masa lalu.


Bila Mama cakap sesuatu hari itu.
Aten sedih.
Bukan Aten taknak ikut cakap Abah.
Cuma Aten taknak teruskan kehendak Abah.
Bila Mama cakap macam itu...
Aten nangis...
dengan ikut kehendak Abah saja Aten boleh tunjuk Aten sayang Abah.
Itu saja.

Abah...
Abah memang Abah terbaik.
Aten hanya boleh blab dalam belog.


Abah...
I Love You So Much...



nota: how i wish berada dalam famili yang skema.


Bangga? Perlukah?

sedang aku online di myspace, ada seorang mamat ni add aku dan komen aku.
aku view balik page dia dan aku agak tertarik dengan gambar default dia.
jadi aku klik album dia untuk tengok dengan lebih teliti.
ikotkan aku ni bukanlah jenis yang suka view gambar-gambar budak-budak myspace melainkan aku kenal.




ini gambarnya.
maaf...aku perlu menutup rupa sebenar remaja-remaja lelaki ini.

mungkin mereka boleh menyaman aku. *hahaha*
mereka merupakan remaja berbangsa Melayu.
dengan bangganya menayang gambar yang mereka sedang bertanik.
(bukan bertani...bertanik... menyulam air setan dengan air karbonat)


persoalannya sekarang...

perlukah kau berbangga?

kau memalukan bangsa kamu sendiri.

dengan megah dan bangganya menunjukan bahawa kamu mengambil air setan itu.
dengan megah menayang botol Jack Daniel itu.



ini baru satu gambar yang aku tunjuk.

banyak lagi gambar yang menunjukkan mereka sedang seronok dan bergembira bertanik.
bukan sekadar menangkap gambar dengan botol sahaja.


perlukah kamu berbangga?

mahu tunjuk hebat kononnya orang melayu jugak pandai minum air setan itu?

perlukah kamu berbangga?
menangkap gambar dengan botol air setan itu?


peduli apa aku kalau kau mahu mabuk...

dan meletupkan iman kamu dengan bertitik-titik air setan masuk ke dalam tubuh kamu.
peduli apa aku kamu Melayu.
tapi kamu memalukan agama kamu sendiri.
agama kamu sudah tentunya Islam.
air yang dilarang dalam Islam sendiri, kamu teguk.
aku tak rasa itu perlu dibanggakan. tidak.

aku sedih.


kamu kamu kamu!
ibarat penyokong Israel yang meraikan penindasan terhadap umat Islam di Palestin.
bodoh.


nota: ini sekadar cebisan sahaja.maaf terlalu beremosi.

Thursday, January 8, 2009

tired but fun!

hari ini aku pergi kelas PAD170, with Zara.
then dia ajak aku keluar teman member dia buat rambut.
well, aku sangat bosan maka aku pon agree.
dalam pukul 2 suku... kami pergi ramai-ramai.
aku, Zara, Aten, Umi, Ema dan Atip.
dekat luar kampus, skandal si Ema, Arip sudah menunggu.
Boleh bayangkan kami berhimpit ramai-ramai dalam kereta proton saga?
boleh kan sebab proton saga xdelah kecik.
tapi sian kat Umi kena ribakan si Zara.
Nasib baek Zara tu haluih ja orangnya.
Sampai SP, kami drop Atip kat stesen bas sebab dia nak balik Penang.
kami trus ke CS.
Umi pergi kedai buat rambut tu.
kami tinggal dia and pergi makan-makan dulu. lapo seyh.
time tu kawan dorang, Is pulak datang. Perempuan.
dah habis makan, kami ramai-ramai ke karaoke.
Aku, Zara, Aten and Is saja yang melalak.
Ema dengan Arip pergi jalan-jalan.
Memang enjoy habis tadi.
Kami memula bayar untuk sepuluh lagu saja.
lepas dah nampak enjoy, kami tambah lagi lima.
seriously, aku boleh ngam dengan dorang.
padahal, aku baru je kenal Is dan Aten tu hari ini.
then sementara nak tunggu Umi habis, kami jalan-jalan shopping.
Brapa kali turun naik semata-mata Zara nak cari baju.
tapi tak jumpa. cerewat budak kicik tu.
then lepas Umi siap rambut, kami lepak kat McD.
Zara pulak date dengan si Reza-players tu. haha.OPs!
Arip takde hantar kawan dia and maybe akan amik kami lambat.
last-last, Reza volunteer hantar kami balik.
Kali ni kereta Satria pulak. Haih!
masih berhimpit lima orang di belakang dan Ema pulak jadi mangsa.
Is duduk atas riba dia. yelah...masa datang dia relax duk depan.
aku baru sampai lah ni.
penat penat. nak tido.


nota: enjoy sesangat hari ini. thanks Zara, Aten, Ema, Umi dan Is. Korang memang gila dan bengong dan jugak... SENGAL!

mati kutu aku

semalam aku kuar dengan seorang nih.
pergi shupping. (Thanks tolong bayar. muahaha)
lepas tu dia kata mahu treat dinner.
well.. orang nak lanje makan.. aku on jek!
masa dia hantar aku balik...
dia kata nak pinjam broadband aku.
adeh...
aku agak berat hati nak kata ok.
bukan kedekut. tapi aku takbleh lah takdak internet nih.
mati kutu aku!
tapi bila mengenangkan dia perlu buat research...
dan mahu present esok...
aku gagah jugak bagi.
hadoiiiii...
tak tenang hidup semalam weh!
pehni jangan pinjam dah.
ingatkan tadak internet boleh aku tido awal.
xde xde. lagi lambat adala.
hatiku tak tenang!!!


nota: bukan kedekut... tapi sangat susah hati berenggang dengan internet ok. tengok! tekumayakun dah rendu aku. betul kan yunk? hang tak mengaku aku tamo kawan. wek!