Sunday, April 5, 2009
entri khas untuk sahabat
tadi lepas habis kelas BEL, kawan baik aku tunggu. aku macam tak sangka pula sebab aku dan dia dah tak serapat dulu. aku ajak dia pergi makan di kafeteria. aku tahu, dia mahu berbicara sesuatu dengan aku. begitu juga aku. sudah lama kot aku dah lepak dengan dia. di dalam kelas pun begitu jauh jarak tempat duduk kami.
selepas atok datang ambil charger dan kami pun baru habis makan, dia memulakan perbualan. dalam kepala aku, aku sudah tahu. ini mesti pasal kes aku dan dia dah tak macam dulu. dan juga semestinya kes bekas budak bilik aku.
dia kata dia rasa bersalah sebab dia rasa dia punca aku dan seorang budak bilik aku ni tak rapat.
tapi hang salah. hang salah sangat. dah berapa kali aku nyatakan, aku terasa denga budak bilik aku kerana mulut yang tak reti beradab dan tengking-tengking aku macam dialah yang betul. hang tak salah sama sekali. memang hang dengan aku dah jauh. memang aku terasa. tapi tu bukan sebab aku dengn dorang jadi macam ni.
kawan-kawan yang lain jugak, tolonglah jangan salah faham yang aku dan dia tak rapat sebab dia lebih-lebihkan budak tu. bukan. selepas berbual tadi, aku bagitahu segala yang aku rasa dan kenapa aku rasa macam tu. aku harap hang faham. bukan sebab budak tu. macam dia pernah cakap, who is the best and who is the worst. aku rasa tak perlu semua tu. aku pun tak bersahabat dengan hang sebab hang terbaik atau tak. bagi aku, aku terima segala baik buruk hang as long hang pun buat yang sama. kalau betullah selama ni macam yang budak tu cakap, who is the best and who is the worst, lupakan sajalah persahabatan kita selama setahun lebih ni.
semalam aku keluar dengan rakan bilik baru aku. bertiga. aku ternampak hang pergi gelanggang futsal berseorangan. time tu aku sedih. aku sedih sebab kenapa aku dah tak rapat dengan hang dan hang pun dah tak ajak aku turun pergi gelanggang futsal mahupun pergi ke padang. aku rindu nak hang out dengan hang petang-petang. dengan hang aku explore UiTM ni. tapi aku rasa macam benda tu susah nak dapat balik.
aku mintak maaf kalau hang terasa hang punca kami bergaduh. bukan. sekali lagi aku tekankan, aku terasa dengan bekas budak bilik aku. tiada kaitan dengan hang. aku terasa sebab salah seorang tu duk tengking aku dan tak reti cakap elok-elok. aku tahu hang tension, aku mintak maaf. bukan hang jadi penyebab aku dan mereka berantakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
people come and people go...
but it's better to be the people come....
black:
yeaps..
hehe..tp bukan lepas apa yg dah jadi
Post a Comment