Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, December 5, 2011

Saya orang Utara

I don’t miss my home so bad but I really miss Utara so much. Maybe because I just don’t like the new environment. jadi boleh ke kalau kata homesick?

Aku ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas. Even though aku kerja kat depot tapi aku still duduk dekat Setia Tropika. Setengah jam dari Setia Tropika ke Depot. sebab tu aku kerja start shift pukul 3petang... end shift pukul 7pagi hari ketiga baru aku balik rumah. Nak taknak kena OT. The reasons are:

  1. nak pindah takdak kawan. Yang kena transfer ke Pekan Nenas perempuan dua orang je. Tu pun sorang dah kahwin.
  2. mahal kot rumah kat area Pekan Nenas ni. Standard sewa rumah kat Johor Bahru. Dahlah elaun COLA ciput nak mampus.

Back then in Kedah, everything is so cheap, cozy and of course the people there are so much fun and loving and these are very contra to Johor Bahru. Those make me miss Nothern people so bad.

Bayangkan kalau kat Kedah hang bawak kereta sekadar nak makan angin takdak orang nak halang. Tapi dekat JB kaluuu… hang kena drive segila orang JB. People here, lampu merah tu ibaratkan lampu hijau dan ofcourse lah lampu hijau tetap lampu hijau. Macam sial. Jalan dahlah berselirat. Bukan suka suki boleh buat U-Turn sendiri macam time kat Kedah.


then..

Makanan… seriously mahal dan tak sedap. Susah nak cari tempat makan sedap kat sini.

Kat Kedah makan tengah hari RM10 boleh dapat dua nasi putih + sayur dua jenis + ayam bakar quarter + daging salai 2 keping besar+ air limau dan air the O. Bukan buat cerita tapi betul. ini semua menu aku dengan Atok back in SP dululah. Makan dekat kedai kakak yang depan kuaters tentera sungai layaq tu.

tapi kalau kat JB… RM10 cukup seorang makan. Itu pun nasi separuh dengan ayam bahagian dada atau paha sahaja + sayur sejenis + air milo. Kontra kan? Oklah. Maybe lebih RM2 dari RM10 tu. Tapi still bukan dua orang makan. MCD, KFC dan Burger Kings banyak francise kat sini. Haih.


then...

Aku dah pusing satu JB ni, tapi tempat untuk hangout menenangkan jiwa dan minda memang tak best langsung. Aku rasa JB ni sangat famous dengan MALLS. Seriously banyak gila Mall kat sini. Untuk bukan kaki shopping macam aku, malls semua tu ekor mata je tengok.

Pantai? Danga Bay… memang tak menyamankan. Pemandangan Singapore taklah lawa dari belah Danga Bay. Desaru? Ok kot. ntah. tapi jauh dari JB. Tempat rekreasi pun kat kawasan Istana Bukit Serene sampai aku rasa orang tak berapa pergi sebab kawasan Istana.serious tak ramai orang macam dekat Taman Jubli SP or dekat Taman Tasik Taiping tu. Atau orang JB terlalu busy sampai tak sempat nak berekreasi?

rumah sewa kat sini... extra berganda2 mahalnya. sini RM400 kau dapat rumah teres 3 bilik yang sempit. tapi kat utara, RM400 kau dapat rumah semi-d tiga bilik yang luas. haha.

*sigh*

Seriously aku rindukan zaman study dulu. Walaupun zaman study tak dapat pegang duit. Duit tak ada guna jugak kalau xdak kawan-kawan yang sekepala dengan kita. Aku bukan kata saving kat sini tapi aku xguna pun duit.

Aku rasa kalau kerja kat Kedah and duduk dengan kanak-kanak riang tu pulak, xsempat sebulan habis dah pa gaji aku. duk enjoy ja. Hahahaha. Dan yang paling penting… nak nikmati view boleh drive kawasan sawah Lembah Bujang atau Jeti Lembah Bujang tu pun dah cukup. :)

haih. seronoknya jadi orang utara. tak semak kepala macam duk kat JB ni. Mungkin mind orang utara lebih sukakan ketenangan dari kesibukan kota kot.




see. sempat lagi aku drive sambil tangkap gambaq bendera Kedah tanpa ada orang hon kat belakang. haha


this too! not busy as jb

and the scenery... Subhanallah... cantik sangat walaupun padi sudah di tarah

angah kata Merbok saja ada combination macam2 negara.
semua sebab ada certain2 musim... permandangan sekelilingan jadi cantik macam cerita kat tv. pernah jadi musim luruh dekat kawasan kebun getah. rasa macam kat korea. tahaha.

this is Taman Tasik Taiping.
cantik.


xsah kalau xdak permandangan pokok ni. LOL!

saya orang utara dan saya sayang utara.

2 comments:

nurul suhada yunus said...

rindu hana!!! sedih!! mai la duduk kedah balik =(

hannah joe said...

i wish!! kalau sp tu ada depo.. aku pi dah tukaq sana. hahahaha