Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, December 30, 2012

10months with 4months little munchkin

Assalamualaikum. 
lama gila tak update blog. malas gila.
tapi tapi tapi... 

kami ada good news!

alhamdulillah... aku dan suami bakal jadi Ummi dan Abi! 
dah 4bulan tapi serius... memang tak nampak langsung perut. masih muat pakai baju uniform. tak buat-buat lagi uniform baru untuk ibu mengandung. 

setakat trimester pertama memang excellent habis! 
tak ada langsung mabuk alahan semua. maybe baby faham kot Abi dia duk jeuh so Ummi dia tak boleh nak merap kat sapa dah. hahaha

tapi dah masuk 4bulan ni penat skit dah nak kerja lebih masa. tapi terpaksa jugak sebab arahan. haih. rasa nak berhenti kerja ja time-time ceni. tapi nak buat cena.. masih perlu lagi kerja buat masa ni. hewww

aku dapat detect ada baby inside my belly selepas dia dah 9 minggu. serius aku tak sedaq langsung aku mengandung.
aku ni memang jenis period tak tetap... setiap kali puasa pun tak pernah ponteng. so aku bajet period aku lambat tu biasa sangat-sangat lah. 
tapi sejak dah kahwin ni... 2bulan period lambat tu buat pelik sangat dah. teruih pi klinik bila suami datang raya haji ritu dan...

"Tahniah... awak dah 9minggu pregnant"

hahaha. sumpah teruja campoq takot. mau tak takot sebab aku duk jeuh dari suami. kawan-kawan dan keluarga pun tak dak kat johoq. ada kak ipaq pun tapi jeuh jugak rumah dia. wuwu. tabah jalah. maybe baby paham kot sebab tu taknak susahkan Ummi dia. thank you baby sayang! semoga baby terus kuat menghadapai dugaan kerja Ummi dan cabaran duk jeuh dengan Abi. 




balik dari klinik buat lagi pregnant test sebab tak percaya. haha!

disebabkan dah 2bulan lebih time check... nurse suruh buat buku pink teruih. dia kata lagi awal lagi baguih.

No comments: