Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Atok Kedut. Show all posts
Showing posts with label Atok Kedut. Show all posts

Wednesday, April 24, 2013

14 months together







HAPPY 14TH MONTHSARY MY HUSBAND~! 
MAY ALLAH SWT BLESS OUR MARRIAGE TILL JANNAH, INSYAALLAH.
I LOVE YOU SO MUCH. THANK YOU FOR EVERYTHING DEAR. 




Saturday, March 30, 2013

400th day of our marriage








The best love is the kind that weakens the soul, that makes us reach for more,
that plants fire in our hearts and brings peace to our minds. 
And that's what you've given me. 
That's what I hope to give to you forever





happy 400th day love. 


Thursday, March 28, 2013

sweet 24th

Assalamualaikum w.b.t...

20hb Mac lepas umur dah bertambah setahun. dah menjadi 24 tahun. sekejap ja dah jadi 24. masa 23 rasa muda lagi. 24 dah terasa tua dah. like seriously baru terasa berumoq. selama ni tak pon. bahahaha.

Alhamdulillah... ALLAH SWT masih memberikan kesempatan untuk aku bernafas kat dunia ni. memberikan aku peluang untuk aku lebih mengenali-NYA, memohon ampun kepada-NYA dan mendekatkan diri kepada-NYA. insyaALLAH. aku akan cuba dengan lebih baik.

aku bahagia sebab dalam umoq 24tahun ni aku dah jadi seorang isteri dan bakal menjadi seorang ibu. walaupun bagi aku agak lambat 24tahun baru nak jadi ibu. cakaplah kuno ka apa. tapi dari dulu aku kalau boleh nak ada anak awal. hahaha. tapi apakan daya, qada' dan qadar mengatakan aku bakal jadi ibu bila dah 24tahun. insyaALLAH. tak sabaq dah ni.

yang tak bestnya.. on my birthday tu... aku kena kursus tiga hari. hat 20mac tu hari last aku kursus. sangat tak best menyambut dengan punggung kematu duk dalam bilik latihan tu seharian. nasib baik hari last tu habih awal. Atok pun tak ada on my birthday tu...

tapi...malam tu dia wish through phone siap nyanyi lagi diiringi petikan gitar dan kawan-kawan kat belakang jadi tukang wish jugak. oh terharu sat. sebab time tu aku dah nak lena. sungguh aku lupa birthday aku sebab kursus punya pasal. kalau duk blok wanita memang lah hari-hari aku tengok tarikh sebab nak tulis buku kejadian kan. tapi time kursus aku lupa teruih pasal tarikh. dia bersungguh-sungguh call malam tu walaupun aku kata aku nak tidoq awal. terima kasih sayang. walaupun awak duk jauh... tak pernah failed nak buat saya tersenyum sorang-sorang sebelum tidoq.

dan beberapa hari lepaih tu baru dia datang celebrate birthday aku. aku tak bagi datang... bersungguh nak datang jugak. last-last train lambat masa balik tu dan buat dia sampai seri iskandar pagi-pagi buta isnin tu. kesian. dahlah pukul 8 ada kelas.

thank you sayang datang celebrate my birthday. tau la kamu suka sangat kalau orang dah baya umoq kamu. takpa-takpa.. tunggu bulan 9 awak tua balik. hahaha


Sunday, February 24, 2013

setahun sebagai suami isteri

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah... hubungan kami suami isteri sudah pun mencecah setahun. dah kahwin ni cepat ja rasa masa berlalu nak sampai setahun. penangan duk jauh rasanya. tapi duk jauh tu buat kita lagi hargai pasangan kita. tapiiiii.... sangat menyeksakan bila sakit pening semua tanggung sendiri. hanya boleh mengadu dekat phone ja. 

semalam suami datang. sungguhlah aku tak sangka langsung dia nak mai. kisahnya patut jumaat tu dia ikot mak abah aku balik sebab ada kenduri kat kampung. tapi dia xbalik. rupanya dia nak mai sendiri. tup-tup pagi aku habis kerja tu dia suruh aku ambil. wuuuuu. rasa nak tumbuk-tumbuk ja lengan dia tu. gerammmm. baru frust sebab ingat tak dapat celebrate. 

satu tahun bersama sebagai suami isteri. rasanya berapa bulan ja yang betul-betul pegang title suami isteri. selebihnya duk jadi single ja kat perak dan johor. semoga hubungan kita diberkati ALLAH SWT hingga ke syurga insyaALLAH. terima kasih sebab membimbing saya untuk menjadi orang yang lebih baik. terima kasih sebab menerima isterimu ini seadanya. dan terima kasih kerana cukup bersabar melayan kerenah isterimu yang ntah apa-apa ja ni. 

Selamat Ulang Tahun perkahwinan kita yang pertama wahai Imamku dunia dan akhirat~! terima kasih untuk hadiah tu. hadiah untuk awak tak sempat nak sediakan sebab awak buat surprise datang sini.ingat lagi seminggu baru nak celebrate. hanya mampu sediakan makanan yang awak request jalah. :D I love you, husband~! ♥

haritu aku ada suruh dia buat benda alah ni. 8 facts about your wife. ni dia balaih. dulu balaih tru blog. sekarang IM fb ja. wakakaka


 8 fact about my wife...

  1. mempunyai mata yg cantik...terutama lpas bgun tido (hat ni aku nak tergelak. dia kata mata aku bulat terkebil-kebil kalau bangun tidoq.padahal aku rasa macam cina bukit ja kalau bangun tidoq.)
  2. sangat suka warna merah... (sangatttttt. sebab tu dia pon suka pakai baju colour merah kalau nak pujuk aku. hihi.) 
  3. sangat comey apabila merengek... (hahahaha. aku memang kuat merengek tapi sakit hati sebab dia lagi ngusik aku adalaaaaa)
  4. pandai membuat plan (aku rasa last minute plan kot hat dia maksudkan ni)
  5. masakan yang sedap...sekarang kalau ngidam apa2 bgtau ja...heheheh (sekarang aku pregnant dah 26minggu tapi langsung takdak mengidam.dia ja duk ngidam.pattern taknak beli plak.nak suruh aku masak ja makanan hat dia ngidam tu...)
  6. sangat manja..i loike...(nak manja dengan sapa lagi kan kalau bukan dengan suami sendiri. hihi)
  7. sangat sayang kan saya...betol kan sayang..i love you too... (hahahaha. yekkk. )
  8. tak suka shopping sangat... (hat ni... terselamat duit awak eh sayang. wakakaka)


ni aku buat pasal dia pulak


1.First time jumpa with your hubby bila dan kat mana?
- 07/02/2009 dekat central square, SP. masa tu dia baru habis sports day. tak couple lagi time ni. baru jumpa setelah setahun berkawan. 

2.Love at first sight?
-hahaha. dak kot. sebab anggap bestfriend ja.

3.Who is he when the first time u met him?
-my bestfriend dekat YM yang langsung tak pernah jumpa. 

4.How long it takes for him to ask you out for a date?
-yang first time jumpak after a year. yang untuk ngayat plak 4 days after first met tu ah. hahaha

5.1st place dating di..
-pantai murni, kedah. huhuhu. 

6.How he proposed?
-aku baru balik dari sports day DiPac...frust sbb kamera pecah.mengadu kat dia...dalam duk tenangkan aku..teruih dia proposed to be his girlfriend and soon to be wife. 

7.Special date with your hubby?
-14th february 2009 - our couple date.
-24th february 2012 - the day we officially become husband and wife.

8.Changes that he asked you to do?
- from career woman to fully housewife. bab attitude, bila tanya semua dia kata takdak.

9.What about him that you love so much
-His patience towards my attitude, his love to me trough thick and thin. tetap puji masakan aku walaupun aku rasa tak sedap. :P

10.What is about him that you wish he would change?
-arrrrrrrr. takdak kot.

11.You will lose your mind n crack your head when he?
-aku merajuk dia lambat pujuk. wakakakka

12.You will smile thru your eyes for the whole day when he? 
- does/says something surprise, special and romantic. 

13.Complete below sentences "my love towards my hubby is as big as..
-his love towards me even slalu bertelagah im more.. im more.



 dating semalam di bukit indah, johor. 

hadiah yang dia bagi sebab tau dah lama aku nak sangat. 
kecuali hat ataih skali. hat tu dia yang beriya nak belikan. untuk baby nanti. adoi. kuaq pon belum lagi sayang.





Thursday, February 14, 2013

4 years together through thick and thin

it's already 4 years in relationship as Atok and Makcik.
4 years ago he proposed me to be his love. he asked me to give the key to my heart.
4 years ago, I only met him once (tu pon dipaksa oleh kawan sbb nak tumpang balik) before i decided to accept him as my lovelife.
4 years we have been together through thick and thin.  

bila ingat balik 4 tahun yang lepas... sebelum tarikh 14hb Februari 2009 tu... sekali ja pernah cakap dalam phone dengan dia. tu pon masa kawan. dan bagi aku dia xbest langsung bila nak bawak gayut. contact thru sms pun aku cukup malas. 

entah macam mana hati boleh terdetik nak terima dia sedangkan bagi aku dia ni slow sangat dalam phone. sms pun aku slalu elak. ada ja alasan aku bagi setiap kali dia sms Makcik dia ni. kalau dalam YM memang dia sangat gila-gila. tapi dalam phone... macam slowww ja. aku pulak jenis suka sms dengan call. tapi bila dia macam tu.. tak kenan langsung.

sampailah kawan aku paksa jumpak dia sebab nak tumpang balik UiTM secara free tanpa perlu naik bas. aku lah terpaksa adjust. nak taknak kena jumpak jugak si Atok ni. alahai... macam tak brapa nak cakap pun ada. tapi lepas balik dari tu... malam tu dia rajin sms aku. nak tackle la konon. 

aku still jarang nak balas sms dia. tapi dia xputuih asa plak nak contact aku. sampai aku pun terpaksa rajinkan diri sms dia. hahaha. sampailah 14hb Februari 2009 dikala aku baru habis Sport's Day DiPac... dengan hati frust menonggeng sebab kamera pecah... dia pun asked the key to my heart. im speechless. 

boleh ka aku yang banyak cakap ni bercinta dengan orang yang slow habih ni. tapi jangkaan aku silap... dah couple baru aku tahu... dia memang Atok yang ramah dalam YM tu. cuma sebelum couple dia xselesa nak ramah sangat kot. hehehe. 

sejak dari tu... wajib melebihi sejam kalau call. sms pun tak henti. rupanya nak kena couple dulu baru dia jadi Atok yang gila-gila tu. ceh. 

tapi... saya bahagia bila Atok tu dah jadi suami saya. Alhamdulillah... 4 tahun bersama thru thick and thin. berapa banyak disasters sebelum kahwin... berapa banyak dugaan time dah kahwin... dia masih Atok yang setia dan bersabaq dengan kerenah Makcik ni. dia masih Atok yang gila-gila hanya dengan Makcik ni. 

I love you Atok tua kerepot. Semoga kita kuat untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam hubungan kita selepas ni. semoga kita tua bersama. :D




Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul.

Assalamualaikum w.b.t...

salam maulidur Rasul to all Muslims around the world. may Allah grant us the chance to follow our beloved Prophet S.A.W wholeheartedly. semoga kita dapat menghayati perjuangan  dan teladan Rasulullah s.a.w. semoga kita lebih mencintai Rasulullah s.a.w. InsyaALLAH...


***

24 Januari 2013 ni genaplah 11bulan buat kami suami isteri. cepat ja masa berlalu dan nak cecah setahun. maybe sebab duk jeuh sebab tu terasa cepat sangat masa berlalu. yola. nak countdown bila boleh jumpak pulak. hahahaha. 

Atok on the way ke JB dengan family. family in law aku pun join sekali nak mai Johor. depa kata nak jalan-jalan. tapi yang tak bestnya aku tak dapat cuti. pagi sabtu baru habis kerja. pagi sabtu tu jugak family in law aku nak gerak balik kedah. tinggal Atok sampai hari Isnin. wuwuwu. mama mertua aku tak dapat cuti ahad tu. aku nak cuti tapi apakan daya senior dah cuti dulu. T_T

tak sabaq nak jumpak depa. rindu gila sebulan tak jumpak. mama dan abah mertua aku nak datang sangat sebab kes aku masuk hospital haritu lah. depa nak melawat menantu depa ni. tapi aku pulak kena kerja. dapat jumpak time aku rehat malam dengan petang ja la. tu pun aku tak masuk OT paksa. kalau tak memang tak jumpak langsung. peduli pa aku. paksa tak paksa... keluarga kena utamakan. tambah-tambah hat jarang jumpak macam aku ni. yang dekat-dekat tu gagah ni nak mengalah. haih. 

buat suamiku... 
happy 11monthsary~!! semoga hubungan kita ni berkekalan hingga ke syurga. saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi isteri yang terbaik buat awak. InsyaALLAH... terima kasih atas bimbingan awak selama ni. I love you till Jannah, Husband! 




late night mode. 

Monday, January 14, 2013

our 19weeks little munchkin




our 19weeks little munchkin. setiap kali scan mulut terkumat kamit.


Assalamualaikum...

nak cerita pasal our little munchkin. aritu sebelum Azri balik berperang di medan belajaq.. sempatlah kami pi scan dekat Klinik Elizabeth, Taman Sutera Utama. motif pi scan sebab beberapa hari sebelum tu aku kena warded kat Hospital Pontian. maybe sebab penat terlampau sampai perut pun taknak terima makanan bila diisi. 

selama 19 minggu aku mengandung... tak pernah pulak aku muntah-muntah. takdak alahan. cuma pening-pening tengah malam. tapi biasalah tu untuk orang yang kerja shift ni kan. waktu rehat tak menentu. tambah aku ni waktu rehat xdak langsung. kena paksa OT 24jam. 


so disebabkan aku dah terlampau penat tambah-tambah aku ni wedding planner abang aku... balik ja dari Perak.. masuk kerja... OT group B teruih aku collapse. baru lepas isi perut ja tiba-tiba muntah tahap kritikal sampai aku rasa kosong balik perut aku. sampai cramp. mata pon jadi gelap. nasib ta jatuh dalam toilet.time dekat hospital depa tak check langsung baby. mana tak risau. takot apa-apa jadi kat anak aku ni... so aku decided nak pi scan swasta.

Alhamdulillah... baby sihat. otak, jantung, hati, ginjal, peparu.. semua sihat. doktor tu scan baguih betul. teliti gila dia scan. ukur sana sini. mula-mula dia nak buat 3D tapi kecik lagi so dia kata 28weeks baru dia nak buat. tapi dia tunjuk gak scan secara 3D free. hahaha. tapi disebabkan baby aku ni tak macam mak dia yang gila kamera... maka tak dapatlah kami tahu lagi jantina. malu benor dia. nak tengok muka pun susah. doktor tu la kata.

yang paling happy si Azri la. haritu masa first scan dekat klinik kerajaan dia takdak. bulan lepas plak takdak appoinment dengan doktor. sekadar dgn nurse ja. frust menonggeng la sebab tak dapat tengok baby. tu yang pi scan jugak kat swasta. bagi dia tengok. excited sungguh muka dia tengok kat tv besaq yang doktor tu sediakan sampai lupa nak rakam. 

baby ni dari dalam perut lagi dah nak melekat dengan Abi dia ja. mau tak nya. buat alahan teruk masa Abi dia ura-ura dah nak balik. tak pasal terpaksa extend cuti. kehkehkeh. Aku pun nak tumpang manja la skali. wakakaka. ni Abi dah balik bleh plak dia rileks ja takdak bagi aku masalah. hahaha. nasiblah Azri...

semoga baby duk elok-elok sampai Abi datang pulak okayyy. 

Monday, January 7, 2013

how well do you know your husband


Here's a chance to see how well you really know your husband. Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband to see how right you really are.

1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
Football games.

2. You're out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Thousand island. Dia xmakan salad sangat. 

3. What's one food he doesn't like?
Kerang and green veggie

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Iced tea or lime juice.

5. Where did he go to high school?
Sm teknik kulim

6. What size shoe does he wear?
Size 8

7. If he was to collect anything, what would it be?
Old coin.

8. What is his favorite type of sandwich?
Takdak favourite. Kecuali kalau aku buat makan jugak. 

9. What would this person eat every day if he could?
Eggs+soy sauce+rice!

10. What is his favorite cereal?
None

11. What would he never wear?
A cap.

12. What is his favorite sports team?
Manchester United

13. Who did he vote for?
undi adalah rahsia. hahaha

14. Who is his best friend?
Acu dia la. 

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?

kerja! He wants me to be full time housewife.

16. What is his heritage?
Melayu asli

17. What is his favourite colour?
Black and blue

18. What is his habit?
Suka perati dan tilik habih benda yang dia xpernah tengok or taktau

19. What is he proud of?
If he can beat my highscore which is never happened! Hahahahahah!

20. Lastly, do you think he will read this?
yeah.



I LOVE YOU HUSBAND~!

Sunday, December 30, 2012

10months with 4months little munchkin

Assalamualaikum. 
lama gila tak update blog. malas gila.
tapi tapi tapi... 

kami ada good news!

alhamdulillah... aku dan suami bakal jadi Ummi dan Abi! 
dah 4bulan tapi serius... memang tak nampak langsung perut. masih muat pakai baju uniform. tak buat-buat lagi uniform baru untuk ibu mengandung. 

setakat trimester pertama memang excellent habis! 
tak ada langsung mabuk alahan semua. maybe baby faham kot Abi dia duk jeuh so Ummi dia tak boleh nak merap kat sapa dah. hahaha

tapi dah masuk 4bulan ni penat skit dah nak kerja lebih masa. tapi terpaksa jugak sebab arahan. haih. rasa nak berhenti kerja ja time-time ceni. tapi nak buat cena.. masih perlu lagi kerja buat masa ni. hewww

aku dapat detect ada baby inside my belly selepas dia dah 9 minggu. serius aku tak sedaq langsung aku mengandung.
aku ni memang jenis period tak tetap... setiap kali puasa pun tak pernah ponteng. so aku bajet period aku lambat tu biasa sangat-sangat lah. 
tapi sejak dah kahwin ni... 2bulan period lambat tu buat pelik sangat dah. teruih pi klinik bila suami datang raya haji ritu dan...

"Tahniah... awak dah 9minggu pregnant"

hahaha. sumpah teruja campoq takot. mau tak takot sebab aku duk jeuh dari suami. kawan-kawan dan keluarga pun tak dak kat johoq. ada kak ipaq pun tapi jeuh jugak rumah dia. wuwu. tabah jalah. maybe baby paham kot sebab tu taknak susahkan Ummi dia. thank you baby sayang! semoga baby terus kuat menghadapai dugaan kerja Ummi dan cabaran duk jeuh dengan Abi. 




balik dari klinik buat lagi pregnant test sebab tak percaya. haha!

disebabkan dah 2bulan lebih time check... nurse suruh buat buku pink teruih. dia kata lagi awal lagi baguih.

Wednesday, September 26, 2012

the moment we turn 7th month

sangattttt xbest, sebab berjauhan. suami di perak... aku di johor. just wish tru phone. itu pon aku pi OT malam tu. so xdapat la bergayut berjam-jam lamanya. huu...

zaman kerja sekarang aku dah kurang bergayut dengan suami. sebabnya balik kerja mesti penat gila. lepas tu disebabkan rumah sewa ni boleh dengaq orang bergaduh... so aku kena low kan volume aku. aku dah lah cakap kuat. jadi xselesa nak bisik-bisik buat suara romantik bulih. siyes. dari zaman bercinta xpernah cakap bisik-bisik. nak kena pelempang dua-dua.. silakan bisik.

jadi pada malam 24th, memang langsung xcall. just msg. tu pun brapa kerat ja sebab aku dah penat sgt and turn nak tidoq. wuwu. poor my husband. bersungguh-sungguh dia wish dengan excited bukan mahen. tapi aku balas keesokan harinya dengan nada excited. :P

to my husband...

happy 7th monthsary!


hopefully we can go tru thick and thin till the end of time and I will always love you til Jannah. InsyaALLAH one day, kita akan duk sekali jugak di utara sana. hihihi. nak utara ja okay. xnak tempat lain. harap-harap kita boleh bersabaq sikitt ja lagi. 2 tahun lagi mungkin. sampai saya cukup 3 tahun perkhidmatan. tu pun kalau Imi Johor nak lepaskan saya awal. kalau tak... memang kena berhenti kerjalah.

terima kasih sebab sudi menjadi imam saya. Alhamdulillah... saya cukup bahagia mendapat suami seperti awak. biar xsempurna dari segi lain tapi yang penting awak mampu untuk bimbing saya dan jadi imam saya. 





Wednesday, September 5, 2012

kedutan semakin bertambah buat atok

dengan ini.. 5hb september... awak sudah berusia 24tahun. bermakna dah tua lagi. kedut-kedut pada muka pun dah bertambah tu...

awak ingat awak duk jeuh dari saya... saya tak boleh prank awak? maaf.. saya ada kroni-kroni di sana. thanks to boss Azam dan kroni-kroninya sebab tolong prankkan bagi pihak saya. 

tahun lepas birthday dia aku sambut awal... awal 4 5 hari jugaklah. sebabnya aku dah start kerja. so xjumpak dia. tahun ni hadiah ja aku bagi seminggu awal..mula-mula dia taknak... tapi aku belikan jugak kasut futsal tu. cuma sambutan ja tepat pada masanya sebab aku tak boleh buat.. aku mintak boss dan budak-budak rumah dia tolong buatkan. aku just bank in duit kat boss ja. tapi untunglah si boss dan kroni-kroninya tak hardcore bab pranking birthday kawan-kawan macam kawan-kawan dekat kedah dulu. wuwuwu. sedihnya tak dapat celebrate sekali. tapi hujung minggu ni memang aku paksa dia datang jugak johoq. 

suamiku.. 
di hari tua ni... saya doakan semoga sayang sentiasa dirahmati ALLAH, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, dan dikurniakan kesihatan yang baik. belajaq elok-elok... sedaq skit diri dah semakin berkedut ya atok. hihihi. 
  






walaupun berkedut... makcik tetap sayang atok ketat2.