Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, February 16, 2013

pengesahan kehamilan dan trimester pertama

Assalamualaikum w.b.t...

aku disahkan pregnant masa dah masuk 9minggu. kira dua bulan la tu. sebelum tu aku langsung tak sedaq aku pregnant. aku ni jenis period tak teratur... setakat period tak datang dua tiga bulan tu aku dah biasa. tapi kali ni sedikit pelik. bukan pelik period tak datang dua bulan... tapi tanda lain yang buatkan aku terdetik nak pi check dekat klinik...

aku takdak tanda-tanda alahan. sebab tu lah aku tak syak langsung aku mengandung sebab period lambat ni. aku cuma perasan aku dah lama tak period bila aku nak basuh telekung. aku rasa lama jugak tak basuh. selalunya aku tunggu period kan. ngehngeh. and then setiap kali aku bersin... aku rasa keraih semacam kat bawah perut. serius tak pernah rasa macam tu. lepas tu aku ada jugak rasa masa krem nak period. sebab tu aku dengan confidentnya tak rasa aku pregnant. hahaha. cuma bila dah dua bulan tak period... baru lah aku start rasa pening setiap kali drive. drive ja. time kerja ka hapa xdak masalah. 

bila suami aku datang time raya haji tu... dia ajak pergi klinik. dialah yang beriya sakan. lepas check air kencing dan tarikh last period bagai... aku disahkan mengandung 9minggu dah. sungguhlah aku tak sedaq ada baby dalam perut aku selama tempoh 9minggu tu. pandai dia duk diam-diam. hihihi.

bermula lah first trimester check up.
 
sedikit catatan bagi trimester pertama:

23hb Oktober 2012
alang-alang dah disahkan doktor, nurse suruh aku buat buku pink teruih. lagi awal lagi baguih kata dia. tambah-tambah anak sulung. aku on ja. first check up ni dia amek details pasal aku dengan suami, check berat, tinggi, tekanan darah. berat aku maintain dari time raya ritu. berapa? tak usah ditanya. wakakaka.

lepas tu ambil darah satu tube untuk test darah jenis apa, HIV test, hemoglobin, dengan thalassemia. darah aku jenis B+ve. hemoglobin aku alhamdulillah 13.5. darah semua tak ada masalah. memang darah aku pekat dari dulu. 

lepas tu dia check payudara, kaki dengan perut. and then dia bagi la nasihat cara makan dengan betul, rehat, jagaan antenal, kepentingan datang awal ke klinik semasa mengandung, persediaan psikologi, masalah ringan semasa hamil dan cara mengatasinya serta pasal pre-eclampsia. 


20hb November 2012
time ni dah 12minggu. Berat aku kurang dalam sekilo. tak banyak tapi kena bising jugak dengan nurse. ngehngeh. yang dipuji aku punya hemoglobin naik 15.8. hahaha. berkat suami paksa makan pil-pil yang dibekalkan oleh doktor. check up kali ni dengan doktor. dia scan perut aku. barulah aku confident aku mengandung lepaih tengok ada baby. sebelum ni xconfident sebab kadang-kadang check air kencing tu boleh false alarm. hoho. 12minggu baru nak confident.


habis sudah check up untuk first trimester. sat ja dah masuk second trimester. alhamdulillah... first trimester aku memang excellent. aku takdak alahan apa pun. dan mampu lagi buat OT 24jam smpai 4hari berturut-turut. cuma bila malam nak tidoq, aku rasa pening jalah. kalau kawan-kawan kerja tengok aku time tu.. memang gaya aku ni tak mengandung sebab masih cergas dan mampu buat OT 24jam lagi. alhamdulillah... anak ni faham Ummi dan Abi duk jauh. dia meragam pun... takdak Abi nak layan. hahaha. 

No comments: