Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah... berakhirnya trimester kedua my pregnancy. cepatnyaaaa. tup tap tup tap ja dah masuk bulan ke tujuh. aku yang cuak. mau tak cuakkan nak beranak first time ni. hihi.
trimester kedua aku tak berapa ada masalah. cuma ada la dua tiga kali aku collapse. awal trimester kedua aku dah kena masuk hospital sebab dehydration dan penat terlampau. nasib suami ada time tu. yang lain lepas tu semua macam pitam gitu jala. semua jadi time kerja ja. semua sebab dehydrate dengan penat sangat-sangat lah.
ni ada sikit catatan untuk pemeriksaan sepanjang trimester kedua.
18hb Disember 2012
masa ni 17minggu. Berat masih statik. tak naik walau sikit pun. tapi time ni tekanan darah aku turun hemoglobin aku pun turun tapi masih dalam range excellent la untuk ibu mengandung. time check up hat ni nurse dah ukur tinggi rahim. memang time ni langsung tak nampak perut. tak buncit lagi pun. wuwu.
23hb Januari 2013
time ni plak dah 22minggu macam tu lah. berat baru naik time ni. beberapa hari sebelum aku makan gila-gila skit sebab takut nurse bising kan langsung tak naik. tapi tak naik banyak pun. dalam range yang sihat. hahaha. tapi time ni hemoglobin aku turun mendadak kepada 11.5. aku rasa sebab aku tak makan ubat klinik hat tiga serangkai tu. aku ambil Obimin ja. nurse kata Obimin iron dia tak berapa banyak. so dia nasihatkan ambil hat iron tu jugak sebelum makan. time ni tinggi rahim aku naik 3cm ja dari yang sebelum ni. memang tak nampak langsung. aku pun boleh pakai uniform lagi. cuma tak pakai seluaq kancing dahla. kena pakai seluaq getah.
time ni nurse ajaq pasal cara makan ubat dengan betul. baru aku tau rupanya iron kena makan sebelum makan atau dengan air jus buah. lagi cepat la dia bertindak. wuwu. kenapa aku tak tau dari awal. selama ni aku telan dengan susu ja sebab tak suka rasa ubat bijik.
20hb Februari 2013
tempoh hamil dah 26minggu. dan tinggi rahim pun bertambah 4cm. still tak besaq tapi terasa la keraih sikit dari sebelum ni. yang tak bestnya berat aku turun time ni. kena soal dengan nurse. habih nak wat cena cheq ni kerja shift. makan tak tentu. tekanan darah pun turun sebab aku tidoq lambat malam tu. cuma hemoglobin ja naik balik kepada 13gm sebab 6 hari sebelum check up aku start makan Iron sebelum makan.
time ni nurse guna doppler nak dengaq jantung baby. nurse bagi aku dengaq skali. nurse hat ni macam sempoi skit. haha. time check up ni jugak dia ajaq aku untuk start kira gerakan bila dah cecah 28minggu. tapi dia ajaq awal. so aku kena kira carta gerakan start 6hb Mac. teliti ja dia ajaq aku. dia kata memang boleh kelentong tapi takot anak dalam perut tu la yang effect nanti. janji rasa sepuluh kali...catat la agak2 time dah cecah 10 tu.
12hb Mac 2013
patut lagi seminggu lepas 12mac ni tapi nurse suruh datang awal sebab nak tengok carta gerakan baby. time ni dah cecah 29minggu. berat naik standard yang dinasihatkan untuk ibu mengandung. cuma hemoglobin memang turun gila. maybe sebab aku selalu lupa makan iron dan aku tak berapa makan makanan untuk tambah darah. tinggi rahim bertambah 2cm ja. hahaha. 29minggu tapi perut macam 4 5 bulan ja. hat check up gua kena inject tetanus dos 1. huuuu. aku ingat lenguh sangat macam orang duk canang tu. tapi tak lenguh sampai ke harini. agaknya nurse anis tu pandai inject sampai aku tak rasa lenguh. hihi.
dua kali aku check up dengan nurse alawiyah ni... penerangan dan nasihat dia bagi memang best. kali ni pasal nasihat penyusuan susu ibu, senaman antenatal dan postnatal, aktiviti seksual dengan suami dan carta gerakan bayi tu. bab senaman laju la aku mintak nak baca buku yang dia sediakan tu.sebab sekarang ni pon aku memang ada buat senaman masa mengandung. cuma taklah selalu. time off day ja. time kerja aku senaman secara tak langsung turun naik tangga.
habis sudah check up untuk trimester kedua. selamat tinggal trimester kedua. selamat datang check up dua minggu sekali. huwaaaa. ni tak best kena pi sampai dua minggu sekali. dah la kena bawak OKT lagi. agaknya tiap-tiap minggu la aku jadi tetamu setia kat KKPN tu. hahaha
Friday, March 15, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment