Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 17, 2013

Girl or Boy?

Assalamualaikum w.b.t

sekarang ni my pregnancy dah masuk 34 minggu. tapi sampai sekarang aku tak tahu jantina baby aku. setiap kali scan... ada ja cara dia nak sorok... ngiring lah... angkat kaki ke muka la. memang tak nampak. last scan aku tak tanya pulak baby girl or baby boy sebab doktor tu jenis slow milo. hahaha. so au google search la cara tentukan jantina melalui pengalaman orang tua ni. ada banyak ja cara. tapi semua aku tengok bercanggah. hahaha. takpala.. try ja pun. bukan semua betul. kadang-kadang tu beriya simptom macam anak perempuang tapi keluar anak lelaki. yer dak. 

Cara 1

yang aku alami aku buat bold

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki

Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung 
Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
Perut anda kelihatan bulat sempurna
Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
Bentuk perut condong ke arah bawah
Sukakan makanan yang masam dan masin
Suka makan daging dan keju
Tapak kaki selalu berasa sejuk 
Tangan selalu kekeringan
Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan 
Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil - ni aku tak kata. orang kata
Hidung tampak lebih mekar
Selalu sakit kepala

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan

Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
Bentuk perut condong ke arah atas
Perut tampak agak lonjong
suka makanan manis
Sukakan buah-buahan
Suka minum air atau jus yang bersifat masam
Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
Mudah moody berbanding sebelumnya
Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
Tidak suka makan roti bersama kulitnya
Payudara kelihatan mengembang
Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur


Cara 2


1. Pergerakan bayi yang pertama
Sudah menjadi lumrah dunia lelaki lebih aktif dan kuat dari perempuan. Ibu yang hamil bayi lelaki biasanya merasakan pergerakan bayi seawal 2-3 bulan. Manakala bayi perempuan agak lewat berbanding bayi lelaki iaitu pada bulan kelima atau keenam.

- aku rasa masa 20-21minggu. 

2. Bahagian pergerakan bayi yang kerap.
Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan yang kerap di bahagian kiri jika jantina bayi adalah perempuan, Dan bayi lelaki pula sebaliknya, di sebelah kanan. Sesetengah ibu hamil juga mengatakan posisi tidur jika hamil bayi perempuan lebih cenderung ke arah kiri. Sebaliknya pula jika menghamilkan bayi lelaki.

-baby selalu bonjol belah kanan.tapi kadang-kadang belah kiri pon ada jugak. dan suka tidur cenderung kanan. 

3. Bentuk perut
Cara ini adalah cara yang paling diketahui umum terutamanya jika si ibu mempunyai saiz kandungan yang agak besar dan mudah dilihat. Perhatikan perut anda pada cermin. Jika jantina adalah perempuan, maka perut anda akan kelihatan sangat bulat dan terasa penuh. Jika hamil bayi lelaki perut anda akan kelihatan samada lebih bujur dan panjang ataupun agak tajam dari sisi kedepan. Bahagian pinggan akan rasa lebih kosong.

- perut kecik ja so susah tengok. tapi nampak macam bujur ke bawah.

4. Orang memuji anda.
Cara ini adalah untuk anda mengetahui jantina bayi anda perempuan sahaja. Sesetengah ibu biasanya akan kelihatan lebih cantik dan berseri jika menghamilkan bayi perempuan.

- yang ni kawan-kawan kerja selalu puji. yalah. depa ja yang mengadap hari-hari kan. sepanjang ngandung susah sangat-sangat nak naik jerawat. melalu pengalaman kawan-kawan aku... masa mengandung anak lelaki depa kata depa tak berseri sangat. jerawat naik... dan ketiak n tengkuk jadi kehitaman. setakat ni aku tanya 5 orang yang ngandung anak lelaki... lima-lima mengalami benda yang sama. tapi aku takdak semua tu. 

5. Mengidam
Sesetengah wanita hamil mengidam makanan tertentu. Contohnya, mengidam sayur-sayuran setiap kali hamil bayi perempuan dan daging bagi bayi lelaki. 

- takdak ngidam langsung. acaner?

6. Kelakuan 
Si ibu biasanya menonjolkan sifat atau jantina anaknya. Contohnya, lebih suka melihat budak lelaki atau wajah kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Kadangkala, si ibu juga berkemungkinan membenci jantina yang bertentangan dengan jantina anaknya. Contohnya membenci budak perempuan jika kandungannya lelaki.

- tak boleh ah. dua-dua suka. tambah-tambah budak-budak kat blok tu. shawal ka... farisha ka.. pirasila ka.. semua nak main. hahaha

7. Cincin
Sesetengah wanita mengamalkannya untuk mengetahui kehamilan dan sesetengah melakukannya untuk tujuan suka-suka. Bagaimana menggunakannya? Buka cincin anda dan ikatkan pada seutas benang. Angkat hujung benang itu dan biarkan cincin berada atas perut tergantung. Perhatikan cincin anda. Jika bergoyang lurus kehadapan bayi anda kemungkinan lelaki, Dan, jika pergerakan cincin kearah melintang adalah perempuan.

-tak buat pun



Cara 3

1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. 

- tak tahu la nak kata. kalau tengok kat cermin memang nampak perut meruncing ke bawah. 

2) Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. Ingat..nipple abang atau kakak kepada anak dalam kandungan tau. Bukan nipple ibu ataupun kakak atau abang si ibu..hehehe...

- anak sulung. tak tahuuuuu

3) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan.

- mengiring ke kanan sebab kalau ngiring ke kiri dia tendang gila-gila.

4) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan.

- baby suka menonjol belah kanan. 

5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu.

- sejak kahwin memang dah tak bersolek dah. tambah lagi nak bergaya kalau keluar. tak elok kan berhias lebih-lebih. 

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan.

- dari sebelum mengandung garisan tak putus. 

7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..

- pelik aku. semua cara aku state kat sini. sat kata berseri perempuan... sat kata berseri lelaki. bagi aku muka aku tak berseri. tambah-tambah time kerja 24jam. tapi kawan-kawan selalu puji berseri. sila baca CARA 2 No. 4.

8) Melihat kepada buku lali si ibu. Kalau kelihatan licin dan putih berseri, kemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan

-pinky? hahahaha

9) Melihat kepada response baby lelaki atau perempuan terhadap ibu yang mengandung. Katanya, kalau baby pompuan tu suka kat ibu mengandung ni..anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi sebaliknya kalau baby pompuan tu tak suka kemungkinan ianya sama jantina dengan dia..pompuan. Begitulah sebaliknya..


- aku rasa farisha ka, shawal ka, sila ka... semua suka ja nak duk dengan aku. ahahaha. 




ni perut baru nak masuk 8 bulan.



aku tak pasti lah kan mana yang betul. setiap orang pe'el mengandung dia lain-lain. tak sama. ada yang mengandung anak perempuan lagi senang takdak alahan dari mengandung anak lelaki. ada yang mengandung anak lelaki lagi tak banyak songeh dari anak perempuan. 

takat ni aku tanya kawan-kawan yang dah ada anak... semua pe'el lain-lain. ada mengandung anak lelaki sampai beranak alahan teruk. ada yang rileks ja. macam tu jugakla sebaliknya. hahaha. 

aku memang takdak alahan dan mengidam langsung. jadi aku memang tak boleh nak agak. hahaha. setakat ni separuh-separuh teka aku dapat baby girl and baby boy. pandai baby ni mengaburi mata orang lain eh. tapi abi dia dapat instinct baby girl. dia memang nak sangat baby girl. aku ja takdak instinct. hahahahaha 

mana-mana jalah. asalkan anak yang keluar ni sihat wal'afiat dan menjadi anak yang taat kepada suruhan ALLAH SWT. insyaALLAH... aamiin.

3 comments:

marshandarose said...

Setiap anak berbeza2..sy dh nk masok ank yg keenam.. Skrg dh nk msok 8bulan mengandung.tpi masih kompius.. Baby boy or girl....huhuhu...

ummu khayla jual vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. suka tengok perut admin kecik je, walaupun dah masuk 8 bulan. Tips dapat anak lelaki.

nini said...

Kita nak boy tapi doc kata maybe girl..ahhaha