Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, May 27, 2013

Pemeriksaan Trimester Ketiga

Assalamualaikum w.b.t...

27hb haritu tamatlah check-up untuk 9bulan mengandung ni. yeah. on 27th... aku masih tak bersalin lagi. hehehe. nasib baik. phew...

ikotkan aku start cuti 9hb Mei 2013 haritu. semua gara-gara takut terberanak awal. jenuh kumpul time-off untuk cuti 5shifts. huhu. Alhamdulillah... anak aku dengar cakap. dia tak keluaq awal.

di sini ada details pasal pemeriksaan trimester ketiga:

 28hb Mac 2013:
Masa ni kandungan 31 minggu. berat aku naik tak sampai sekilo. tapi tak palah. tak kena bising sebab janji naik ja kan. Hb tak check sebab dua minggu sebelum tu da check. tinggi rahim pun naik 2cm ja. means 1cm satu minggu. wakaka. time ni patut takdak jumpak doktor pun sebab selalu kalau jumpak doktor... dia set appoinment dari last check-up. tp nurse tu suruh pi jumpak doktor. nak scan.

biasalah doktor tan tu memang tak banyak cakap tak banyak tanya. dia scan details sikit berbanding scan minggu ke 12 dulu. Alhamdulillah semua ok. kedudukan placenta pun ok.

10hb April 2013:
kandungan dah 33 minggu.berat naik sekilo. plus another 2cm untuk tinggi rahim. jantung baby pun okay. dan hb masih maintain macam sebulan yg lepaih. cuak jugak. dah lama hb tak naik. kali ni check-up dengan Nurse Anis. comel kot nurse tu. dia lah dulu yang cucuk tetanus dos 1 yg aku kata tak sakit dan tak kebaih langsung. kali ni dia bagi nasihat pasal penyusuan ibu secara exclusive posisi menyusu, dan kelengkapan penyusuan ibu. lepaih tu ada bagi nasihat pasal perancang keluarga.

check-up kali ni kena cucuk tetanus dos 2. yang tak bestnya bukan dgn nurse Anis lah sebab dia buat check-up untuk haritu. kena dgn nurse mana ntah. baru terasa kebaih dan lenguh tangan untuk beberapa hari. :(

08hb Mei 2013:
Aku tatau pasepa Nurse Anis tu kata tak payah datang dua minggu dah, dia suruh mai sebulan lagi dan teruih jumpak doktor. aku hokaykan jala sebab tak kena dua minggu dah. kali ni kandungan aku dah cecah 37 minggu. yang paling best kali ni husband aku pun join. heee. doktor nak scan kali ni. kali ni lama sikit dia scan. dapatlah suami aku tengok sebab hat minggu ke 31 dia takdak kan. :P Alhamdulillah semua okay.

ni last check-up kat KKPN, johor. lepaih ni sambung kat Kedah plak. :P

15hb Mei 2013:
check-up seminggu pulak. wuwu. T_T kali ni buat dekat Klinik Kesihatan Taman Selasih. sebab masa ni mak mertua aku duk kat area tu lagi. tak pindah lagi. masa ni 38minggu. time ni berat tak naik dari last check-up. hb pun ikot last check-up. masih oklah. tak turun.

nurse kat sini bagi nasihat pasal tanda-tanda bersalin, persediaan barang baby dan ibu time kat hospital, dan pasal perancang keluarga dan papsmear. nurse kat sini lagi gila-gila dari KKPN. dan check-up kalini pun kena jumpak doktor untuk doktor tu tau pasal ada patient baru pindah area taman selasih.. hah. padahal aku tumpang dua minggu ja sementara nak pindah taman senangin. dia bukan check apa pun, check perut ja.

22hb Mei 2013:
masih kena buat check-up kat Taman Selasih sebab tak pindah lagi. berat masa ni turun half kilo. nurse tanya jugak. habih. mana nak tau. T_T. Nurse india tu bagi nasihat pasal pre-eclampsia, dan teruskan pengambilan vitamin. dia pun tatau nak bagi nasihat apa dah. semua dah settle masa kat KKPN. time ni aku bitau nak pindah Taman Senangin. so dia suruh continue check-up kat Klinik Desa Kelang Lama.

27hb Mei 2013:
sepatutnya due date aku lah ni. tapi baby tak keluaq lagi. so kena buat check-up kat Klinik Desa Kelang Lama plak. berat turun lagi time ni. nurse kat sini lagi best. mesra gituuu. tapi yang tak bestnya lepaih check-up rutin tu... kena pi jumpak doktor plak kat Klinik Ibu Anak Kulim sebab mintak tarikh untuk admit ward. huuu. tu tak suka buat kat klinik desa. kalau nak jumpak doktor kena pi klinik utama tu.

dah tak pasal pi pekan kulim plak dan menunggu lama. kat KKIA Kulim serius serabut sangat-sangat dan sangat-sangat slow. tabah jala. dahlah tunggu hari. mau terberanak gak kat situ. masa jumpak doktor.. dia nak scan dulu. aku tak nampak pa pun kat screen. dia print pun tak nampak rupa pa. scanner lama kot. hihi.

so kalau tak beranak by 3hb Jun 2013... aku kena pi hospital untuk paksa beranak. doakan aku selamat semuanya.


sekian saja pemeriksaan sampai due date. memang sampai due date tak bersalin lagi. hehehe. memang dia takmau keluaq awal. :P


No comments: