Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Marriage. Show all posts
Showing posts with label Marriage. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

setahun sebagai suami isteri

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah... hubungan kami suami isteri sudah pun mencecah setahun. dah kahwin ni cepat ja rasa masa berlalu nak sampai setahun. penangan duk jauh rasanya. tapi duk jauh tu buat kita lagi hargai pasangan kita. tapiiiii.... sangat menyeksakan bila sakit pening semua tanggung sendiri. hanya boleh mengadu dekat phone ja. 

semalam suami datang. sungguhlah aku tak sangka langsung dia nak mai. kisahnya patut jumaat tu dia ikot mak abah aku balik sebab ada kenduri kat kampung. tapi dia xbalik. rupanya dia nak mai sendiri. tup-tup pagi aku habis kerja tu dia suruh aku ambil. wuuuuu. rasa nak tumbuk-tumbuk ja lengan dia tu. gerammmm. baru frust sebab ingat tak dapat celebrate. 

satu tahun bersama sebagai suami isteri. rasanya berapa bulan ja yang betul-betul pegang title suami isteri. selebihnya duk jadi single ja kat perak dan johor. semoga hubungan kita diberkati ALLAH SWT hingga ke syurga insyaALLAH. terima kasih sebab membimbing saya untuk menjadi orang yang lebih baik. terima kasih sebab menerima isterimu ini seadanya. dan terima kasih kerana cukup bersabar melayan kerenah isterimu yang ntah apa-apa ja ni. 

Selamat Ulang Tahun perkahwinan kita yang pertama wahai Imamku dunia dan akhirat~! terima kasih untuk hadiah tu. hadiah untuk awak tak sempat nak sediakan sebab awak buat surprise datang sini.ingat lagi seminggu baru nak celebrate. hanya mampu sediakan makanan yang awak request jalah. :D I love you, husband~! ♥

haritu aku ada suruh dia buat benda alah ni. 8 facts about your wife. ni dia balaih. dulu balaih tru blog. sekarang IM fb ja. wakakaka


 8 fact about my wife...

  1. mempunyai mata yg cantik...terutama lpas bgun tido (hat ni aku nak tergelak. dia kata mata aku bulat terkebil-kebil kalau bangun tidoq.padahal aku rasa macam cina bukit ja kalau bangun tidoq.)
  2. sangat suka warna merah... (sangatttttt. sebab tu dia pon suka pakai baju colour merah kalau nak pujuk aku. hihi.) 
  3. sangat comey apabila merengek... (hahahaha. aku memang kuat merengek tapi sakit hati sebab dia lagi ngusik aku adalaaaaa)
  4. pandai membuat plan (aku rasa last minute plan kot hat dia maksudkan ni)
  5. masakan yang sedap...sekarang kalau ngidam apa2 bgtau ja...heheheh (sekarang aku pregnant dah 26minggu tapi langsung takdak mengidam.dia ja duk ngidam.pattern taknak beli plak.nak suruh aku masak ja makanan hat dia ngidam tu...)
  6. sangat manja..i loike...(nak manja dengan sapa lagi kan kalau bukan dengan suami sendiri. hihi)
  7. sangat sayang kan saya...betol kan sayang..i love you too... (hahahaha. yekkk. )
  8. tak suka shopping sangat... (hat ni... terselamat duit awak eh sayang. wakakaka)


ni aku buat pasal dia pulak


1.First time jumpa with your hubby bila dan kat mana?
- 07/02/2009 dekat central square, SP. masa tu dia baru habis sports day. tak couple lagi time ni. baru jumpa setelah setahun berkawan. 

2.Love at first sight?
-hahaha. dak kot. sebab anggap bestfriend ja.

3.Who is he when the first time u met him?
-my bestfriend dekat YM yang langsung tak pernah jumpa. 

4.How long it takes for him to ask you out for a date?
-yang first time jumpak after a year. yang untuk ngayat plak 4 days after first met tu ah. hahaha

5.1st place dating di..
-pantai murni, kedah. huhuhu. 

6.How he proposed?
-aku baru balik dari sports day DiPac...frust sbb kamera pecah.mengadu kat dia...dalam duk tenangkan aku..teruih dia proposed to be his girlfriend and soon to be wife. 

7.Special date with your hubby?
-14th february 2009 - our couple date.
-24th february 2012 - the day we officially become husband and wife.

8.Changes that he asked you to do?
- from career woman to fully housewife. bab attitude, bila tanya semua dia kata takdak.

9.What about him that you love so much
-His patience towards my attitude, his love to me trough thick and thin. tetap puji masakan aku walaupun aku rasa tak sedap. :P

10.What is about him that you wish he would change?
-arrrrrrrr. takdak kot.

11.You will lose your mind n crack your head when he?
-aku merajuk dia lambat pujuk. wakakakka

12.You will smile thru your eyes for the whole day when he? 
- does/says something surprise, special and romantic. 

13.Complete below sentences "my love towards my hubby is as big as..
-his love towards me even slalu bertelagah im more.. im more.



 dating semalam di bukit indah, johor. 

hadiah yang dia bagi sebab tau dah lama aku nak sangat. 
kecuali hat ataih skali. hat tu dia yang beriya nak belikan. untuk baby nanti. adoi. kuaq pon belum lagi sayang.





Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul.

Assalamualaikum w.b.t...

salam maulidur Rasul to all Muslims around the world. may Allah grant us the chance to follow our beloved Prophet S.A.W wholeheartedly. semoga kita dapat menghayati perjuangan  dan teladan Rasulullah s.a.w. semoga kita lebih mencintai Rasulullah s.a.w. InsyaALLAH...


***

24 Januari 2013 ni genaplah 11bulan buat kami suami isteri. cepat ja masa berlalu dan nak cecah setahun. maybe sebab duk jeuh sebab tu terasa cepat sangat masa berlalu. yola. nak countdown bila boleh jumpak pulak. hahahaha. 

Atok on the way ke JB dengan family. family in law aku pun join sekali nak mai Johor. depa kata nak jalan-jalan. tapi yang tak bestnya aku tak dapat cuti. pagi sabtu baru habis kerja. pagi sabtu tu jugak family in law aku nak gerak balik kedah. tinggal Atok sampai hari Isnin. wuwuwu. mama mertua aku tak dapat cuti ahad tu. aku nak cuti tapi apakan daya senior dah cuti dulu. T_T

tak sabaq nak jumpak depa. rindu gila sebulan tak jumpak. mama dan abah mertua aku nak datang sangat sebab kes aku masuk hospital haritu lah. depa nak melawat menantu depa ni. tapi aku pulak kena kerja. dapat jumpak time aku rehat malam dengan petang ja la. tu pun aku tak masuk OT paksa. kalau tak memang tak jumpak langsung. peduli pa aku. paksa tak paksa... keluarga kena utamakan. tambah-tambah hat jarang jumpak macam aku ni. yang dekat-dekat tu gagah ni nak mengalah. haih. 

buat suamiku... 
happy 11monthsary~!! semoga hubungan kita ni berkekalan hingga ke syurga. saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi isteri yang terbaik buat awak. InsyaALLAH... terima kasih atas bimbingan awak selama ni. I love you till Jannah, Husband! 




late night mode. 

Monday, January 7, 2013

how well do you know your husband


Here's a chance to see how well you really know your husband. Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband to see how right you really are.

1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
Football games.

2. You're out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Thousand island. Dia xmakan salad sangat. 

3. What's one food he doesn't like?
Kerang and green veggie

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Iced tea or lime juice.

5. Where did he go to high school?
Sm teknik kulim

6. What size shoe does he wear?
Size 8

7. If he was to collect anything, what would it be?
Old coin.

8. What is his favorite type of sandwich?
Takdak favourite. Kecuali kalau aku buat makan jugak. 

9. What would this person eat every day if he could?
Eggs+soy sauce+rice!

10. What is his favorite cereal?
None

11. What would he never wear?
A cap.

12. What is his favorite sports team?
Manchester United

13. Who did he vote for?
undi adalah rahsia. hahaha

14. Who is his best friend?
Acu dia la. 

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?

kerja! He wants me to be full time housewife.

16. What is his heritage?
Melayu asli

17. What is his favourite colour?
Black and blue

18. What is his habit?
Suka perati dan tilik habih benda yang dia xpernah tengok or taktau

19. What is he proud of?
If he can beat my highscore which is never happened! Hahahahahah!

20. Lastly, do you think he will read this?
yeah.



I LOVE YOU HUSBAND~!

Sunday, December 30, 2012

10months with 4months little munchkin

Assalamualaikum. 
lama gila tak update blog. malas gila.
tapi tapi tapi... 

kami ada good news!

alhamdulillah... aku dan suami bakal jadi Ummi dan Abi! 
dah 4bulan tapi serius... memang tak nampak langsung perut. masih muat pakai baju uniform. tak buat-buat lagi uniform baru untuk ibu mengandung. 

setakat trimester pertama memang excellent habis! 
tak ada langsung mabuk alahan semua. maybe baby faham kot Abi dia duk jeuh so Ummi dia tak boleh nak merap kat sapa dah. hahaha

tapi dah masuk 4bulan ni penat skit dah nak kerja lebih masa. tapi terpaksa jugak sebab arahan. haih. rasa nak berhenti kerja ja time-time ceni. tapi nak buat cena.. masih perlu lagi kerja buat masa ni. hewww

aku dapat detect ada baby inside my belly selepas dia dah 9 minggu. serius aku tak sedaq langsung aku mengandung.
aku ni memang jenis period tak tetap... setiap kali puasa pun tak pernah ponteng. so aku bajet period aku lambat tu biasa sangat-sangat lah. 
tapi sejak dah kahwin ni... 2bulan period lambat tu buat pelik sangat dah. teruih pi klinik bila suami datang raya haji ritu dan...

"Tahniah... awak dah 9minggu pregnant"

hahaha. sumpah teruja campoq takot. mau tak takot sebab aku duk jeuh dari suami. kawan-kawan dan keluarga pun tak dak kat johoq. ada kak ipaq pun tapi jeuh jugak rumah dia. wuwu. tabah jalah. maybe baby paham kot sebab tu taknak susahkan Ummi dia. thank you baby sayang! semoga baby terus kuat menghadapai dugaan kerja Ummi dan cabaran duk jeuh dengan Abi. 




balik dari klinik buat lagi pregnant test sebab tak percaya. haha!

disebabkan dah 2bulan lebih time check... nurse suruh buat buku pink teruih. dia kata lagi awal lagi baguih.

Wednesday, September 26, 2012

the moment we turn 7th month

sangattttt xbest, sebab berjauhan. suami di perak... aku di johor. just wish tru phone. itu pon aku pi OT malam tu. so xdapat la bergayut berjam-jam lamanya. huu...

zaman kerja sekarang aku dah kurang bergayut dengan suami. sebabnya balik kerja mesti penat gila. lepas tu disebabkan rumah sewa ni boleh dengaq orang bergaduh... so aku kena low kan volume aku. aku dah lah cakap kuat. jadi xselesa nak bisik-bisik buat suara romantik bulih. siyes. dari zaman bercinta xpernah cakap bisik-bisik. nak kena pelempang dua-dua.. silakan bisik.

jadi pada malam 24th, memang langsung xcall. just msg. tu pun brapa kerat ja sebab aku dah penat sgt and turn nak tidoq. wuwu. poor my husband. bersungguh-sungguh dia wish dengan excited bukan mahen. tapi aku balas keesokan harinya dengan nada excited. :P

to my husband...

happy 7th monthsary!


hopefully we can go tru thick and thin till the end of time and I will always love you til Jannah. InsyaALLAH one day, kita akan duk sekali jugak di utara sana. hihihi. nak utara ja okay. xnak tempat lain. harap-harap kita boleh bersabaq sikitt ja lagi. 2 tahun lagi mungkin. sampai saya cukup 3 tahun perkhidmatan. tu pun kalau Imi Johor nak lepaskan saya awal. kalau tak... memang kena berhenti kerjalah.

terima kasih sebab sudi menjadi imam saya. Alhamdulillah... saya cukup bahagia mendapat suami seperti awak. biar xsempurna dari segi lain tapi yang penting awak mampu untuk bimbing saya dan jadi imam saya. 





Tuesday, July 24, 2012

It's our 5th month as husband and wife~!

kalau dulu, rajin benor nak update bulan-bulan. sekarang ni... update through facebook or twitter ja or handphone. haha. punya malas nak bukak dashboard baru yang lembab ya hamat ni. maklum lah berokband pun lembab ya hamat jugak. jadi mereka boleh jadi pasangan sehati berdansa di situ.

by the way,
dah lima bulan jadi isteri orang. tapi hakikat yang sebenarnya approximately baru 2 bulan aku betul-betul jadi wife. yang selebihnya aku membujang kat Johoq ni. huwaaa. sedih kot. dah start puasa ni. ingat dapat puasa sebagai seorang isteri. baru berangan nak sediakan sahoq dan berbukak bagai. tapi apakan daya.. duk jeuh punya pasal... aku berbukak dan sahoq dengan tahanan-tahanan sekalian. :'(

sayang... 
harap-harap suatu hari nanti kita dapatt hidup macam pasangan suami isteri lain nah. serious tersiksa duk jeuh-jeuh macam ni. harap-harap cepatlah dapat tukaq OR harap-harap cepatlah dapat kumpoi modai nak bukak bisnes dan belahhhh dari johoq ni.

semoga hubungan kita kekal kukuh sehingga ke syurga. I LOVE YOU Lillah hi ta'ala, suami.